Geely Boyue L - rekaan agresif, guna platform XC40, bakal muncul di China Q4 2022

oleh Mohamad Hanif|
Geely baharu sahaja melancarkan model SUV Geely Boyue L, model SUV kompak baharu yang bakal diposisikan antara model Geely Boyue dan Geely Xingyue L.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dibangun berdasarkan platform Compact Modular Architecture (CMA) yang turut sama menjadi asas kepada model-model seperti Volvo XC40, Polestar 2, serta beberapa model Lynk & Co yang lain.

Geely Boyue L membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,670 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,705 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,777 mm, menjadikannya jauh lebih besar berbanding dimensi Proton X70.
 

Geely


Tidak seperti Geely Boyue (Proton X70) yang masih membawakan reka bentuk yang 'selamat', Geely Boyue L membawakan elemen yang lebih agresif menampilkan jalur LED DRL berbentuk taring dan rekaan gril depan yang besar.

Bahagian belakang juga turut menampilkan unit lampu LED yang dihubungkan dengan jalur LED melintang penuh, mengikuti elemen yang dibawakan pada muka depan itu tadi.
 

Boyue


Dari segi kuasa, Geely Boyue L boleh didapati dengan dua pilihan enjin pembakaran dalaman tulen, dan dua pilihan nadi hibrid.

Versi ICE terdiri daripada enjin 1.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 181 hp dan 290 Nm, serta enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana 218 hp dan 325 Nm, dan padanan transmisi klac berkembar automatik tujuh kelajuan.

Sementara versi yang lebih mesra alam pula terdiri daripada enjin hibrid 1.5 liter serta pilihan enjin 1.5 liter plug-in hybrid, dipadankan dengan transmisi tiga kelajuan DHT.
 

BOyue L


Tidak banyak info berkenaan ruang kabin Geely Boyue L ini melainkan dengan kelengkapan seperti skrin kluster instrumen digital dan skrin infotainmen tengah potret bersaiz 13.2 inci yang menggunakan sistem operasi Geely Galaxy OS Air yang dikuasakan oleh cip Qualcomm 8155, dan menyokong kemaskini over-the-air.

Ia bakal dijual di China menjelang suku keempat tahun ini dengan harga anggaran bermula dari 120,000 yuan (RM79,156).
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu di China, Geely telah memperlihatkan imej rasmi model terbaharu Geely Boyue Cool yang…