Geely dedah imej MPV baharu - model pengganti Exora?

oleh Mohamad Hanif|
Geely telah melepaskan beberapa keping gambar acah yang menunjukkan model MPV baharu berdasarkan model konsep VF11 yang dipertontonkan beberapa tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej tersebut, MPV tersebut hadir dengan  dengan rekaan gril ‘expanding cosmos‘ diikuti dengan lampu hadapan yang menjadi identiti tersendiri sebagaimana yang terdapat pada model Binrui dan Borui.


Manakala bahagian sisi tiang D pula menampilkan rekaan bumbung terapung (floating roof) sebelum diakhiri dengan gugusan lampu jenis LED di bahagian belakang.

Geely mungkin sekali akan melengkapkan MPV ini dengan penawaran enjin berkuasa turbo termasuklah penawaran varian 1.5 T dan plug-in hybrid (PHEV).


Menurut laporan daripada laman automotif China BitAuto, MPV baharu Geely ini hadir dengan dimensi panjang 4,707 mm, lebar 1,909 mm dan tinggi 1,664 mm dengan kepanjangan jarak antara roda 2,805 mm.

Melihatkan kepada dimensi yang diberikan, ia merupakan pilihan yang hampir bagi Proton untuk memberikan nafas baharu kepada model MPV Exora, memandangkan MPV pertama mereka Proton Exora sudah pun sembilan tahun berada di pasaran, dan ia sudah tentu memerlukan sesuatu yang baharu dan lebih segar untuk kekal kompetitif dalam pasaran.


Namun berdasarkan pelan garis masa produk baharu Proton yang tersebar awal tahun lalu, Proton (dan Geely) dijangka akan hadir dengan dua buah produk MPV baharu iaitu MPV C-Class dan Exora baharu menjelang tahun 2020.

Jadi, Careta mengandaikan MPV Geely ini bakal dimuatkan sebagai MPV segmen C yang baharu manakala Exora pula bakal dinaikkan pangkat sebagai MPV bersaiz penuh yang lebih besar.


Sebagai perbandingan, Proton Exora mempunyai dimensi 4,592 mm x 1,809 mm x 1,691 mm dengan jarak antara roda 2,730 mm  dan varian yang terjual pada tahun semasa didatangkan dengan penawaran tunggal enjin Campro CFE 1.6 liter turbo yang menghasilkan 138 hp dan daya kilas 205 Nm.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…