Geely dedah teaser sedan elektrik, platform SEA, bakal debut tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Platform khusus untuk kenderaan elektrik SEA (Sustainable Experience Architecture) kini menjadi asas untuk pelbagai jenama EV di bawah naungan Geely, seperti Zeekr, smart, Radar, Polestar dan juga Lotus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Platform yang sama akan turut digunakan oleh Geely untuk sebuah model sedan elektrik yang bakal diperkenalkan pada tahun ini.
 

sedan


Berdasarkan imej acah yang didedahkan, sedan elektrik Geely itu bakal mempunyai bentuk sedan dengan garis bumbung seakan fastback, garis hud yang panjang, serta unit lampu nyalaan siang LED yang tajam.

Disebabkan gambar yang sengaja digelapkan, sukar untuk melihat butiran jelas pada bahagian sisi, melainkan rekaan pemegang pintu yang bercahaya.
 

Sedan


Kedudukannya yang agak rapat itu mencadangkan sedan elektrik Geely ini bakal mempunyai bukaan pintu jenis suicide untuk pintu belakang.

Menurut laporan Car News China, sedan elektrik Geely ini bakal mempunyai ukuran sepanjang 4,900 mm, menjadikannya sedikit pendek berbanding model Zeekr 001.

 

Selain daripada itu, sedan ini akan dijual di bawah jenama Geely sebagai kenderaan elektrik kelas pertengahan, berbanding jenama Geometry yang lebih khusus untuk kenderaan elektrik marhaen dan Zeekr untuk model bertaraf andalan.

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…