Geely EX5, Kembar Proton e.MAS 7, Catat 150,000 Jualan Seluruh Dunia

oleh Qalif Latif|
Geely meneruskan momentum agresif mereka dalam segmen EV apabila mengumumkan bahawa Geely Galaxy E5 dikenali sebagai EX5 di pasaran antarabangsa kini telah mencapai jualan kumulatif melebihi 150,000 unit, hanya dalam masa kurang setahun selepas pelancarannya pada Ogos 2024.

Sepanjang tahun 2024 sahaja, sebanyak 77,685 unit telah dihantar kepada pelanggan di China, menjadikan E5 antara model EV paling laris dalam kelasnya.

Proton e.MAS 7 = Geely EX5 untuk Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, model ini dikenali sebagai Proton e.MAS 7, menjadikannya salah satu model EV terawal hasil kolaborasi Geely-Proton yang dijangka mengubah landskap mobiliti elektrik negara. Secara teknikal, kedua-dua model ini berkongsi platform, spesifikasi serta teknologi dalaman, namun akan menerima sedikit sentuhan rekaan dan identiti tempatan daripada Proton. Jualan di Malaysia pula sudah melepasi 4 ribu unit sejak dilancarkan.

Dua Jarak Pemanduan, Lima Varian, Harga Bermula RM70k

Geely Galaxy E5 ditawarkan dalam lima varian dengan harga bermula dari 107,800 yuan hingga 143,800 yuan(anggaran RM70,000 hingga RM93,000). Terdapat dua pilihan bateri dengan jarak pemanduan sejauh 440 km atau 530 km, bergantung pada kapasiti bateri yang dipilih 49.52 kWh atau 60.22 kWh jenis lithium iron phosphate.

Reka bentuk aerodinamiknya mencatatkan drag coefficient hanya 0.269 Cd, menjadikannya antara yang paling efisien dalam kelasnya.

EX5

Spesifikasi Teknikal Geely Galaxy E5:

  • Motor elektrik hadapan: 160 kW (215 hp), 320 Nm

  • Pecutan 0–100 km/j: 6.9 saat

  • Kelajuan maksima: 180 km/j

  • Penggunaan tenaga minimum: 11.9 kWh/100 km

  • Pengecasan pantas (30%-80%): 20 minit

  • Jarak tambahan selepas 20 minit pengecasan: 135 km

Dimensi keseluruhan E5 ialah 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, dan 1,670 mm tinggi dengan jarak roda 2,750 mm menjadikan ia SUV elektrik segmen C yang cukup luas untuk kegunaan keluarga.

EX5

Lapan Warna Luaran & Tiga Pilihan Kabin

Geely menawarkan lapan pilihan warna menarik untuk E5: merah, merah jambu, kelabu, hijau, putih, perak, biru dan hitam. Manakala ruang dalaman hadir dalam tiga tema warna: putih, jingga dan biru, dengan tempat duduk untuk lima orang.

e5

Bahagian kabin dilengkapi teknologi moden seperti:

  • Paparan instrumen digital 10.2-inci

  • Skrin sentuh tengah 15.4-inci 2.5K (atau 14.6-inci untuk varian tertinggi)

  • Sistem infotainmen Flyme Auto yang menggunakan cip 7nm Dragon Eagle-1

  • Sistem bunyi Flyme Sound dengan 16 pembesar suara

E5
Lengkap Dengan ADAS Tahap 2

Sebagai pelengkap, Galaxy E5 juga dilengkapi sistem bantuan pemandu tahap 2 (ADAS) seperti:

  • Blind Spot Monitoring

  • Lane Change Assist

  • Remote Parking Assist

  • Rear Collision Warning

Telah Memasuki Beberapa Pasaran Global

Di luar China, model ini telah memasuki pasaran Greece, Indonesia, Thailand, Australia serta negara-negara sekitar Adriatik, di bawah nama Geely EX5.

Poster Data Jualan Geely Galaxy E5 telah berjaya mencapai 548,408 unit
Poster rasmi Geely umum jualan separuh pertama tahun 2025

 

Geely juga melaporkan bahawa untuk separuh pertama tahun 2025, mereka telah menjual 548,408 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 232% berbanding tahun sebelumnya satu pencapaian luar biasa bagi jenama yang kini sedang memecut laju dalam era elektrifikasi.

Sumber: Carnewschina.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiada sebarang kebakaran, letupan dan kegagalan habadikesan sama ada pada pek bateri mahupun sel…
Pelancaran
Geely secara rasmi mendedahkan varian baharu untuk SUV elektrik kompak Galaxy E5 atau dikenali…