GEELY GEOME - BAYANGAN EV MAMPU MILIK PERTAMA PROTON?

oleh Firdaus Razani|
Jika di Tanah besar China, tidak pelik jika terdapat pelbagai jenis kenderaan yang menggunakan kenderaan elektrik (EV) tidak mengira saiz atau bilangan roda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan bilangan penduduk yang ramai, sudah pasti penggunaan EV adalah penyelesaian yang ada ketika ini untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon, terutama sekali dikawasan bandar.

Sepanjang lawatan bersama PROTON di China sempena dengan Beijing Autoshow 2024, dari perhatian rawak yang dilakukan di jalan raya sana, sememangnya EV menjadi majoriti kenderaan di sana tidak kira jenama.

 

geely

 

Sama juga dengan kenderaan-kenderaan yang dipamerkan di Beijing Autoshow tersebut, terdapat pelbagai konsep dan model-model baharu yang mula menggunakan teknologi Tenaga Baharu (NEV) terutama sekali elektrik.

 

geely

 

Namun persoalannya kini, adakah PROTON bakal mendapat sebuah model EV dari jenama Geely?

Sudah pasti perkara itu tidak dapat di’confirm’kan lagi, namun ada satu model yang diperhatikan berpotensi menjadi EV pertama untuk jenama nasional, kerana jika ia benar berlaku, ia boleh menjadi EV mampu milik pertama dalam negara.

Tambahan itu, PROTON kini telah membuka pusat fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu di Teluk Hangzhou, China, sekaligus meningkatkan kecekapan dalaman PROTON dengan sumber dan pengetahuan Geely.

 

geely

 

Ia seolah menunjuk sinar untuk PROTON membangunkan beberapa model yang mungkin mengambil inspirasi daripada model-model dibawah nama Geely Auto terutama untuk pasaran mampu milik.

Geely Geome, atau di pasaran China dikenali sebagai Geely Panda Knight, ia merupakan sebuah EV dengan reka bentuk kompak segmen-A.

 

geely

 

Jika di China, ia dijual dengan harga anggaran antara 40,000 hingga 50,000 yuan, jika ditukar kepada matawang Ringgit, ia hanya berharga dari RM25,000 sahaja.

 

geely

 

Sudah pasti jika ia memasuki ke pasaran Malaysia, ia akan diletakkan dibawah jenama PROTON, dan bakal menjadi EV Nasional mampu milik pertama!

 

geely

 

Pada pendapat penulis, berdasarkan harga dan reka bentuknya yang minimalis, ianya cukup menjadi kenderaan yang boleh digunakan sebagai kegunaan harian seperti pergi-balik kerja, hantar anak ke sekolah, ataupun buat aktiviti harian.

 

geely

 

Geely Geome mempunyai saiz kapasiti bateri sebanyak 17.03kWj sahaja dan mempunyai jarak gerak sehingga 200km, ia turut menyokong pengecasan pantas DC 22kW dan pengecasan AC 3.3kW.

Untuk tempoh pengecasan, dengan pengecasan DC, ia mengecas dari 30-80 peratus hanya dalam 30 minit, manakala dengan pengecasan AC, ia mengecas dari 20-100 peratus hanya dalam empat jam 30 minit sahaja.

 

geely

 

Bagi kenderaan yang bakal digunakan sebagai kenderaan harian, ia menjadi sebuah kenderaan yang lebih daripada cukup.

Pada bahagian dalaman Geely Geome, ia mempunyai empat tempat duduk yang muat empat dewasa, atau memuatkan tiga kanak-kanak di bahagian tempat duduk belakang.

 

geely

 

Geome menampilkan reka bentuk dashboard, panel meter dan butang yang agak ringkas dan tidak mempunyai ciri-ciri teknologi yang kompleks seperti kebanyakkan EV ketika ini.

 

geely

 

Geely berjaya menghasilkan sebuah kenderaan kompak menjadi luas dibahagian ruang kaki hadapan dengan tidak meletak konsol tengah yang besar yang membahagikan ruang pemandu dan penumpang, ia hanya meletakkan gear knob jenis putaran dan suis tingkap sahaja.

 

geely

 

Oleh itu, ia amat selesa untuk dipandu oleh pelbagai individu tidak mengira ketinggian pemandu, tambahan dengan saiz pintu yang agak besar menambahkan keypoint menarik untuk EV ini.

 

geely

 

Jadi adakah Geely Geome bakal menjadi titik mula bagi sebuah EV mampu milik dalam negara yang boleh diletakkan dibawah jenama PROTON seterusnya menjadi permulaan besar-besaran kepada pengunaan EV di Malaysia?