Geely Haoyue/Proton X90 - RM92k di China

oleh Mohamad Hanif|
Geely akhirnya secara rasmi melancarkan SUV terbesarnya pada ketika ini, Geely Haoyue dengan konfigurasi tujuh tempat duduk, manakala versi lima tempat duduk bakal diperkenalkan dalam masa terdekat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi dimensi, Geely Haoyue memiliki dimensi panjang 4,835 mm, lebar 1,900 mm dan tinggi 1,780 mm, serta jarak antara roda sekitar 2,815 mm.

Jika dibandingkan dengan pesaing terdekat Mazda CX-8, Geely Haoyue memiliki dimensi dan jarak antara roda yang sedikit pendek, namun lebih lebar dan tinggi berbanding SUV Mazda tersebut.

Geely mensasarkan penjualan Haoyue bagi melawan pesaing di dalam pasaran seperti Toyota Highlander, Mazda CX-8 dan juga Hyundai Santa Fe.

 


Penampilan luaran SUV tiga baris tempat duduk ini banyak mengambil elemen daripada Geely ICON, dengan silhouette yang berkotak, rekaan gril Expanding Cosmos, perkataan Geely melintangi bahagian tailgate, serta  lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang.

Sementara itu, ruang kabin Geely Haoyue memiliki kelebihan di mana kerusi baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata dan mampu memuatkan barangan sehingga 2.2 meter panjang.

 


Malah, Haoyue turut menawarkan sehingga 42 ruang storan termasuk di ruang but di mana terdapat storan yang fleksibel untuk memuatkan pelbagai jenis barangan harian.

Rekaan papan pemuka juga turut menampilkan elemen yang terdapat pada model ICON namun dengan kemasan yang lebih premium termasuklah paparan instrumen digital 12.3 inci, skrin infotainmen GKUI19, sistem penapisan udara PM2.5 serta kaca bumbung panorama bersaiz 60 inci.

 


Untuk Geely Haoyue, Geely menawarkan dua opsyen enjin iaitu enjin empat silinder sebaris 1.8 liter turbo yang menghasilkan 184 PS/300 Nm serta enjin kecil 1.5 liter tiga silinder sebaris dengan output 177 PS/255 Nm.

Kedua-dua nadi ini dipadankan dengan sistem transmisi klac berkembar basah tujuh nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan, dan dengan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 7.8 liter/100 km.

Geely Haoyue didatangkan dengan tanda harga anggaran bermula dari RMB 150 ribu (RM92 ribu) berdasarkan andaian media tempatan China.

 


Jika Geely/Proton mahu memperluaskan penguasaan dalam pasaran Malaysia, Geely Haoyue/Proton X90 merupakan salah satu calon yang sesuai untuk 'mengacau' pasaran SUV tiga baris tempat duduk dengan harga yang lebih berpatutan.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau dulu kita ada Innova yang menjadi pilihan geng ustaz/ustazah, kini rakyat Malaysia boleh…
Telah Diuji
Ditawarkan dengan 4 varian, harga bagi Proton X90 bermula dari RM123,800 untuk varian Standard,…
Berita Global
Hyundai Santa Fe 2024 dijangka akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada separuh pertama…