Geely Holding berjaya duduki tempat ke-220 dalam senarai Global Fortune 500 2019

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai salah sebuah syarikat automotif terbesar di China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) berjaya mengukuhkan kedudukannya di dalam senarai Fortune Global 500 2019 ditangga 220 - kenaikan sebanyak 47 anak tangga daripada tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan pengiktirafan ini, ia sekaligus menandakan tahun ke-lapan Geely tersenarai di dalam kumpulan Fortune Global 500 semenjak tahun 2012, bermula daripada tangga 475. 

Kejayaan Geely Holding turut dibantu dengan prestasi syarikat-syarikat subsidiari dan secara keseluruhannya, kesemua jenama di bawah Geely berjaya menjual lebih daripada 2.15 juta kenderaan pada tahun lalu. 

 


Di bawah Geely Auto Group, Geely Auto dan Lynk & Co berjaya buat kali pertama memecahkan rekod 1.5 juta unit dengan penjualan sebanyak 1,500,838 unit kenderaan dengan kenaikan sebanyak 20.3 peratus berbanding tahun 2017. 

Sementara itu, Volvo Cars juga cemerlang dengan berjaya menjual kira-kira 642,253 unit kenderaan pada tahun lalu dengan pertumbuhan sebanyak 12.4% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017.

Manakala untuk separuh pertama tahun 2019, Geely Auto berjaya menduduki tangga pertama di antara jenama China yang lain di dalam senarai jualan kumulatif pada tahun ini. 
 


Prestasi Volvo Cars juga tidak kurang hebatnya untuk tempoh yang sama, di mana mereka berjaya menjual 340,826 unit - kenaikan sebanyak 7.3 peratus berbanding 2018, dan di China sahaja mereka berjaya menjual 67,741 unit kenderaan (kenaikan 10.2 peratus). 

Jenama-jenama lain yang bernaung di bawah Geely juga tidak kurang hebatnya, apabila Lotus memperkenalkan produk baharu Lotus Evora GT410 Sport dan sebuah hypercar elektrik pertama, Evija. 

Manakala Proton juga berjaya dengan penjualan SUV pertama mereka, X70 selain rancak memperkenalkan kemas kini terhadap produk sedia ada seperti Iriz, Persona, Exora dan model yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, Saga. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, Volvo dan Geely bersepakat untuk menolak perancangan penggabungan penuh seperti yang…
Berita Global
Menurut Li Shufu, pengerusi Geely Holding Group berkata, "gabungan antara kedua syarikat ini bakal…