Geely kini miliki 17% kepentingan dalam Aston Martin

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Saham Aston Martin Lagonda dilaporkan meningkat hampir 22 peratus, selepas pembuat kereta mewah itu mengumumkan pelaburan 234 juta pound sterling (RM1.3 billion) oleh syarikat dari China, iaitu Geely Holding Group.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dengan pelaburan tersebut, kumpulan automotif Geely kini menjadi pemegang saham ketiga terbesar Aston Martin, dibelakang Lawrence Stroll dan Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan, Geely akan memperoleh kira-kira 42 juta saham biasa daripada Yew Tree pada harga 335 pence sesaham dan melanggan 28 juta saham lagi pada harga yang sama.

Bagi Aston Martin yang telah muflis tujuh kali dalam sejarahnya, pelaburan itu membuka jalan untuk menjamin masa depan jangka panjang dan membolehkan firma berusia abad itu mengurangkan hutangnya.

 

2

 

Dalam satu kenyataan, Stroll berkata, "Geely menawarkan kepada kami pemahaman mendalam mengenai pasaran pertumbuhan strategik utama yang diwakili oleh China, serta peluang untuk mengakses rangkaian teknologi dan komponen."

Pengerusi Geely Holding turut berkata, "Keputusan kami untuk meningkatkan pegangan saham dalam Aston Martin mencerminkan keyakinan kami terhadap prospek pertumbuhan syarikat, teknologi dan pasukan pengurusannya."

Pelaburan itu kini memberikan Geely 17 peratus kepentingan dalam Aston Martin, yang melayakkannya mendapat satu kerusi lembaga.

 

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…