Geely labur RM7.8 billion untuk Lotus - apa yang kita buat selama ini?

oleh HEZERI SAMSURI|
Tiga hari lalu, agensi berita Bloomberg melaporkan Geely sedang menimbangkan pelaburan sekurang-kurangnya RM7.8 billion dan juga pilihan untuk menambahkan saham pegangan 51 peratus dengan rakan kongsi Malaysia, Etika Automotive Sdn Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan itu lagi, pelaburan Geely itu termasuk pusat rekabentuk yang baharu dengan pengambilan 200 orang jurutera baharu untuk memperkukuhkan bahagian penyelidikan jenama sport British itu.

 

 

Selain dari itu, Geely juga seperti yang dijangka akan membina sebuah kilang Lotus di China untuk memenuhi permintaan dari pasaran timur tengah - satu perkara yang pernah dibangkitkan dahulu sebelum DRB-Hicom mengambil alih.

Namun begitu Li Shufu, pemilik Geely tetap berkata operasi Lotus akan terus kekal di UK dan kilang di China hanya untuk pasaran asing yang jauh dari Eropah.

Geely menyatakan kepada Bloomberg bahawa ia serius dalam memastikan jenama itu bangkit menjadi jenama premium bertaraf global seperti Porsche dan produk pertamanya ialah sebuah SUV yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2020, tidak sampai dua tahun dari sekarang.

Dengan pengalaman membina Volvo dan PoleStar, tidak ada sebab Geely tidak boleh berjaya.

 

 

Menghairankan kerana sekian lama Lotus berada di tangan Malaysia, ia hanya mampu "popular" dengan kes-kes menarik seperti dengan Dany Bahar dan perebutan nama pasukan Formula 1.

Mungkin Geely ialah penyelamat sebenar kepada Lotus sementara kita harus menumpukan perhatian kepada karenah politik dan selebriti tempatan yang nampaknya lebih hebat dari cerita Suamiku Mr Pilot lakonan Neelofa dan lain-lain. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…