Geely lancar jenama automotif baharu Galaxy

oleh Mohamad Hanif|
Tidak merasa cukup dengan kehadiran jenama automotif sedia ada di bawah naungannya (Geometry, Zeekr, RADAR, Lynk & Co,), Geely telah melancarkan sebuah lagi jenama automotif mesra alam serba baharu yang digelar sebagai Galaxy.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika mengumumkan jenama baharu itu di China, Geely turut memperlihatkan beberapa buah model yang bakal dilancarkan kelak.

Salah satu daripadanya ialah SUV plug-in hybrid (PHEV) Galaxy L7 (muncul suku kedua 2023), diikuti sedan L8 (muncul pada suku ketiga 2023), dan kereta elektrik Galaxy E8 (muncul Q4 2023).
 

L7


Tidak banyak perincian diumumkan buat masa ini, melainkan fakta di mana model PHEV itu akan menggunakan trenkuasa NordThor 8848 yang mampu menawarkan kuasa pecutan 0-100 km/j sepantas 7.5 saat, kelajuan tertinggi 200 km/j dan jarak gerak keseluruhan mencecah 1,370 km.

Dalam dunia nyata, Geely menjangkakan model L7 mampu mencapai tahap penggunaan bahan api 5.23 liter untuk setiap 100 km.

Teknologi moden yang digunakan termasuklah sistem operasi baharu Galaxy N-Operating System menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8155 yang menawarkan tahap respons yang pantas, selain akses kepada sistem pemetaan yang jitu menggunakan rangkaian satelit Geely.
 

galaxy


Sayang sekali, tiada sebarang info terperinci berhubung model konsep sedan Galaxy Light yang turut diperlihatkan pada acara tersebut.

Menurut laporan, sedan coupe ini menggunakan platform SEA (Sustainable Experience Architecture) dan dilihat mempunyai dimensi menyamai sebuah Audi e-Tron GT, dengan kadar pekali seretan kurang dari 0.19 serta susun atur ruang kabin yang futuristik.

Versi produksi bagi Galaxy Light ini dijangka akan diperkenalkan seawal penghujung tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…