Geely mahu beli syarikat telefon pintar Meizu

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat pembuat kenderaan China, Zhejiang Geely Holding Group berhasrat untuk membeli pembuat telefon pintar Meizu Technology.

Meizu, syarikat pembuat telefon pintar China yang bermula dalam tahun 2003 di bandar Zuhai adalah jenama telefon pertengahan. Ia bermula dengan peranti pemain muzik sebelum membuat telefon pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meizu juga menerima pelaburan dari Alibaba group Holding dan ia pernah menjual melebihi 20 juta unit setahun. Namun begitu, jualan terkini Meizu hanyalah dalam lingkungan satu juta unit sahaja.

Geely sebenarnya sudah mempunyai sebuah syarikat telefon pintar di Wuhan bersama beberapa pelabur lain. Syarikat Hubei Zingji Shidai Technology bercadang untuk mengambil pakar-pakar dari Xiomi dan syarikat yang lain untuk mengelepai projek itu tetapi pembelian Meizu akan mempercepatkan proses tersebut.

Pembelian syarikat telefon pintar akan memudahkan Geely untuk membuat pranti-peranti moden untuk kenderaan autonomi mereka kelak. Geely juga mempunyai cadangan untuk membina satelit sendiri bagi mengurangkan kekangan teknologi negara bekas komunis itu.

Tahun lalu, Geely berjaya menjual sejumlah 2.2 juta kenderaan di seluruh dunia, termasuk di bawah jenama nasional Malaysia, Proton.

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…
Berita Global
  Kedua-dua model itu akan diperkenalkan di Sweden dan Belanda pada lewat 2023 dan disusuli…
Berita Global
Geely yang turut memiliki 9.7 peratus pegangan di dalam Daimler itu pada awal tahun lalu…