Geely mahu cebur perniagaan peranti pintar pula

oleh Mohamad Hanif|
Daripada perniagaan peti sejuk, motosikal, dan kini salah satu daripada gergasi automotif yang memegang Proton, Geely diberitakan mahu menceburi perniagaan peranti pintar pula.

Malah, Zhejiang Geely Holding berazam untuk melancarkan peranti pintar pertama mereka pada tahun 2023 dengan sasaran jualan 3 juta unit untuk tahun pertama.

Menurut memo dalaman yang diperoleh Reuters, Li Shufu dikatakan telah melancarkan sebuah syarikat khusus untuk menghasilkan peranti pintar premium dan bersaing di dalam sektor peranti pintar yang sudah tersedia tepu itu.

Projek itu bakal dibiayai dengan pelaburan berjumlah 10 billion yuan (RM6.48 bilion) serta mensasarkan pendapatan sebanyak 10 bilion yuan untuk tempoh tahun pertama.

Geely juga berazam untuk mencapai pendapatan kumulatif berjumlah 150 bilion yuan dalam masa lapan tahun dengan kekuatan sehingga 3,000 orang tenaga pekerja.

Geely enggan untuk memberikan komen berhubung isu ini.

Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi dimensi, Zeekr X membawakan ukuran sepanjang 4,450 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,572 mm…
Informasi
Ya, ia memang sebuah SUV, sesuatu yang didambakan oleh Proton Dahulu tetapi tidak termampu untuk…
Berita Global
Platform yang sama akan turut digunakan oleh Geely untuk sebuah model sedan elektrik yang bakal…