Menurut laporan Reuters, Geely juga sedang mempertimbangkan beberapa model termasuklah kereta elektrik aras mula, trak pikap elektrik daripada jenama Radar, serta perancangan untuk mendirikan kilang pemasangan di negara itu.
Dalam pada itu, wakil jurucakap Geely memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang perancangan buat masa ini, selain menolak untuk memberikan perincian berhubung rancangan pelaburan di sana.

Baru-baru ini, Lembaga Pelaburan Thailand telah mengadakan perbincangan dengan lima pengeluar utama EV seperti BYD, Cangan Automobile, JAC Motors, Jiangling Motors Corp serta Geely, menurut Setiausaha Agungnya, Narit Therdsteerasukdi.
"Semua pihak menyatakan minat terhadap polisi Thailand untuk membangunkan pengkalan pengeluaran EV serantau serta mewujudkan rantaian bekalan EV bersepadu," ujarnya lagi tanpa memberikan butiran lanjut berkenaan rundingan dengan Geely.
Thailand menyasarkan 30 peratus daripada jumlah produksi tahunan 2.5 juta unit kenderaan terdiri daripada EV menjelang tahun 2030.
Baca: Radar Auto RD6 2022
Sumber: Reuters