Geely perkenal sistem i-HEV - Cecah 2.22L/100km, kecekapan terma 48.4%

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Geely secara rasmi melancarkan sistem hibrid generasi baharu mereka, dikenali sebagai i-HEV (Intelligent Energy), yang direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api sambil mengekalkan prestasi.

Sistem tersebut dijangka akan digunakan secara meluas pada model utama seperti Geely Monjaro dan Geely Preface bermula 2026.

Apa yang menarik, Geely mendakwa sistem itu mampu mencapai penggunaan bahan api serendah 2.22 liter/100 km, satu angka yang telah disahkan oleh rekod Guinness, menjadikannya antara sistem hibrid paling efisien di dunia ketika ini.

Dari sudut teknikal, i-HEV menggunakan enjin khas hibrid dengan kecekapan terma sehingga 48.4 peratus, satu pencapaian yang sangat tinggi untuk enjin produksi massa. 

Sistem itu turut dibantu oleh pengurusan tenaga berasaskan AI, yang meningkatkan kecekapan keseluruhan lebih 10 peratus berbanding sistem konvensional.

 

2

 

Motor elektrik dalam sistem itu pula menghasilkan sehingga 230 kW, membolehkan pecutan 0–30 kmj dalam hanya 1.84 saat, jelas menunjukkan fokus bukan sekadar jimat minyak, tetapi juga responsif dalam pemanduan bandar. 

Untuk model sebenar, Geely Preface i-HEV mencatat penggunaan bahan api sekitar 3.98 L/100 km (WLTC), manakala Geely Monjaro i-HEV berada pada 4.75 L/100 km. 

Geely juga mengesahkan bahawa sistem i-HEV ini akan diperluaskan ke lebih banyak model seperti Emgrand (S70) dan Boyue (X70), dengan pilihan enjin 1.5L, 1.5L turbo dan 2.0L turbo yang digabungkan bersama unit pemacu elektrik “11-dalam-1”.

Pelancaran sistem hibrid baharu itu selari dengan trend industri automotif China, di mana pengeluar seperti Chery dan Changan turut memperkukuh pembangunan teknologi hibrid sebagai alternatif lebih kos efektif berbanding EV penuh. 

 

3

 

Dengan bateri lebih kecil (sekitar 1–2 kWh), sistem HEV mengurangkan kos bahan mentah sambil mengekalkan kecekapan tinggi.

Dalam konteks global, teknologi hibrid masih relevan, Toyota contohnya menjual sekitar 4.4 juta kenderaan hibrid pada 2025, merangkumi 42 peratus daripada jumlah jualannya.

Sistem i-HEV menunjukkan bagaimana Geely cuba mengimbangi prestasi dan kecekapan dalam era peralihan tenaga. 

Dalam pasaran yang semakin kompleks antara EV, PHEV dan bahan api alternatif, teknologi hibrid seperti ini mungkin menjadi “sweet spot” untuk pengguna yang mahukan penjimatan tanpa kompromi besar terhadap pengalaman pemanduan.

 

Sumber: Autohome

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Geely Berpotensi Gunakan Kilang Valencia Untuk EX2 Menurut laporan tersebut, langkah ini…
Berita Global
Maklumat ini didedahkan menerusi laporan industri automotif global yang memetik kenyataan…
Berita Global
Geely memaklumkan rekod ini sebenarnya dicapai pada 27 Oktober lalu, namun dikongsikan semula baru-…