Geely perkenalkan EV Panda Mini untuk pasaran China, Harga dari RM25 ribu

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini Geely telah melancarkan sebuah EV Panda Mini untuk pasaran China, jika dilihat ia sememangnya sebuah kereta comel yang direka berdasarkan ciri panda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Panda Mini dilihat akan bersaing dengan EV saiz sama yang sedang popular di China iaitu Wuling Mini, Panda Mini telah membuat debut di pusat membeli belah terletak di Hangzhou, China.

 

2

 

Reka bentuk seakan panda itu dapat dilihat melalui rekaan lampu depan LED besar di hadapan, reka bentuk cermin seakan telinga, reka bentuk hab roda dengan tiga kaki serta kemasan plastik hitam pada bampar hadapan dan belakang.

Huruf "Geome" di hadapan merujuk kepada Geometri yang merupakan salah satu sub-jenama Geely, Panda Mini juga merupakan EV pertama dalam segmennya yang menawarkan bumbung panoramic bersaiz besar.

 

panda

 

Panda Mini memiliki dimensi 3,065mm panjang, 1,522mm lebar, 1,600mm tinggi dan 2,015mm jarak roda pada.

EV mini tersebut dikuasakan bateri fostat besi litium oleh Guoxuan Hi-Tech dipadankan dengan motor elektrik tunggal menghasilkan 40 HP yang memberikan jarak gerak sehingga 150 km.

 

rear

 

Untuk pasaran China, harga Panda Mini bermula dari CNY40,000 (RM25,330) hingga CNY50,000 (RM31,662), harga itu dilihat amat murah jika anda mencari sebuah EV untuk kegunaan bandar.

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…