Geely perkenalkan logo baharu yang lebih ringkas

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Salah satu jenama pengeluar gergasi dari China, Geely telah memperkenalkan logo baharu syarikat mereka yang rata dan lebih ringkas berbanding logo 3d sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi rakyat Malaysia, jenama pengeluar Geely sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi apabila usaha sama syarikat tersebut bersama Proton telah menghasilkan beberapa model baharu untuk jenama pengeluar nasional itu.

Geely berkata kemaskini logo itu, "menandakan aspirasi jenama baharu kami untuk menjadi lebih terbuka dan tidak terhad pada masa hadapan."

Setelah berevolusi dari dua logo terawal, kemaskini logo terbaharu itu tidak lagi menampilkan pandangan 3d sebaliknya hadir dengan penampilan yang rata dan lebih ringkas.

Logo baharu itu melambangkan gril putih dengan garisan mendatar dan menegak yang langsing.

 

1

 

Ia merupakan versi logo paling asas sejak siluet asal gunung merah digunakan, logo baharu itu jelas merujuk dari "Innovative Geely 4.0" yang digunakan baru-baru ini.

Persamaan itu dapat dilihat dari penampilan gril lebar dengan enam panel serta bar mendatar dan dua garisan menegak.

Geely menyatakan pengenalan logo baharu itu adalah "langkah pertama mereka untuk mengejar produk yang lebih bijak dan lebih berteknologi untuk pelanggan kami."

“Bab baharu kami bermula di sini! Mari kita jangkakan bagaimana ia akan bersinar dan menerangi masa depan!”

 

Sumber: carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…