Geely SX11 dikesan di Melaka - adakah ini SUV terbaharu Proton?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar kereta nasional, Proton kini nampaknya bersedia untuk melebarkan sayapnya di dalam penawaran segmen B SUV apabila sebuah model yang penuh dengan pelekat samaran dilihat sedang diuji di jalan raya.

Terima kasih kepada Ajerul kerana membekalkan gambar-gambar intipan ini, kita kini sudah boleh mengagak model apa yang bakal ditukarkan lencananya oleh Proton selepas Geely Boyue. 
 


Menurut sumber, terdapat dua versi Geely SX11 yang sedang diuji pada ketika ini, iaitu versi standard manakala sebuah lagi merupakan model yang lebih sporty jika dilihat pada penggunaan spoiler, diffuser, rim sport dan lampu kabus.

Di negara asal, Geely SX11 dibangunkan menggunakan platform B-segmen Modular Architecture (BMA) dengan dua penawaran enjin turbo:

  • 1.5 liter (174 hp/255 Nm) yang digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan
  • 1.0 liter (134 hp/205 Nm) dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan
     


Geely SX11 juga turut dilengkapkan dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua (Level 2 Autonomy), sistem GKUI, brek kecemasan automatik. 

SUV crossover ini bakal dipasang di Tanjung Malim setelah Proton siap mengubah suai fasiliti pemasangan yang bernilai RM1.2 billion itu. 

Jika mengikut kepada format penamaan baharu yang digunakan oleh Proton yang dimulakan oleh Proton X70, Geely SX11 ini berkemungkinan besar akan menggunakan format nama Proton X50.
 


Selain daripada Proton X70 dan Proton X50, Proton juga dikatakan sudah pun mendapatkan hak untuk memproduksikan sebuah lagi MPV daripada Geely yang disebut-sebut bakal menggantikan Proton Exora, iaitu Geely VF11.

Berita Berkenaan

Berita Global
Geely Binyue (Geely SX11), crossover segmen B yang dibangunkan berdasarkan platform B-segment…
Berita Domestik
Kali ini, tanpa segan silu dan selindung, laman Instagram Geely Auto telah memberikan bayangan …