Terbaharu, Geely Auto telah menandatanganin perjanjian bagi memasuki pasaran Filipina bersama-sama syarikat Sojitz Corporation.
Di bawah perjanjian ini, Sojitz telah diberikan hak secara rasmi oleh Geely Auto untuk mengimport dan menjual kenderaan Geely di Filipina di bawah syarikat subsidiari Sojitz G Auto Philippines Corporation (SGAP).
Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan berkenaan model yang bakal ditawarkan untuk pasaran Filipina, atau bilakah pusat pengedar rasmi pertama yang akan dibuka.
Sojitz berpengalaman luas di dalam arena automotif Filipina semenjak tahun 1960-an lagi.
Sebelum ini, mereka juga merupakan pengedar rasmi kepada Fuso Trucks and Buses selain memegang 49% hak di dalam Mitsubishi Motors Filipina.
Sumber: AutoIndustriya