Gemilang Coachwork guna kepakaran Altair tambahbaik tahap keselamatan kenderaan komersial

oleh Mohamad Hanif|
Gemilang International Limited menerusi syarikat subsidiari Gemilang Coachwork Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Altair, syarikat pembekal solusi di dalam analisis data, simulasi dan perkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan bas komersial dengan memanfaatkan teknologi simulasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di bawah perjanjian ini, Altair akan membekalkan kepakaran di dalam simulasi bagi membantu Gemilang menjalankan ujian pelanggaran rollover bas-bas yang dibina oleh syarikat itu.

Pengarah Urusan Altair Asia Tenggara, Srirangam Srirangarajan berkata, "ujian pelanggaran secara maya kerap kali dianggap sebagi salah satu ujian yang paling mahal dan memakan masa oleh kebanyakan pengeluar automotif, namun solusi yang dibekalkan oleh Altair kini telah menjadi standard global dan memenuhi piawaian standard UN ECE R66.

"Dengan teknologi ini, jurutera Gemilang kini mampu memperoleh data yang lebih bernilai dalam usaha untuk menekankan aspek keselamatan penumpang, di samping membangunkan produk yang lebih dipercayai.

 


Menurut Mohsen Hamidippour, Pengurus bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Gemilang menjelaskan, "matlamat kami adalah untuk mereka dan menghasilkan badan bas komersial yang mampu memenuhi piawaian keselamatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Kolaborasi persama Altair ini mampu membolehkan kami memperkukuhkan kedudukan di dalam pasaran dalam menawarkan produk berkualiti tinggi, boleh dipercayai dan menenuhi standard keselamatan.

Ibu pejabat Gemilang Coachwork terletak di Johor Bahru, dan syarikat ini telah berpengalaman selama tiga dead mereka dan membangunkan pelbagai jenis badan bas daripada aluminium dan keluli (SKD dan CKD), serta memasarkan produk kepada lebih 10 pasaran termasuklah Singapura, Australia, Hong Kong, China dan India.