Gemilang raih tempahan tunggal terbesar, 190 kit CKD dihantar ke Uzbekistan

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan. sumber: GML
Syarikat pengeluar bas dan badan bas berpangkalan di Johor, Gemilang International Ltd (GML) berjaya meraih tempahan tunggal terbesar dari Uzbekistan membabitkan pembekalan 190 kit badan pengangkutan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bernama, GML menyifatkan kontrak tersebut berupaya mengukuhkan kedudukannya di Asia Tengah selain membantu syarikat menembusi negara-negara jiran seperti Belarus dan Kazakhstan.

“Kontrak bagi penghantaran 190 kit badan bas menerusi pemasangan tempatan (CKD) sepenuhnya telah diterima pada Februari 2022 dan dijangka siap pada Oktober 2022

“Kami menjangkakan kontrak baharu ini dapat menjadi penyumbang utama ke atas pendapatan bagi tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat yang sebelum ini mendapat tempahan terbesar bagi penghantaran bas sekolah elektrik sepenuhnya ke California, Amerika Syarikat (AS), juga yakin akan terus meraih manfaat daripada pembangunan infrastruktur di Uzbekistan berdasarkan kelebihan rekod pencapaiannya sebagai antara pengeluar utama bas dan badan bas di Asia.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pang Chong Yong berkata kontrak terbaharu itu juga merupakan tempahan berulang dari Uzbekistan yang dilihat sebagai peluang pertumbuhan berikutnya untuk syarikat terbabit di rantau berkenaan.

“Kami gembira dengan tempahan berulang ini pada kuantiti lebih besar yang menunjukkan kepercayaan negara itu terhadap hasil kerja dan kualiti produk Malaysia,” katanya.

Menurut Pang, GML juga aktif dalam usaha mendapatkan projek-projek baharu di enam negara iaitu Malaysia, Uzbekistan, AS, Australia, Singapura dan Hong Kong.

Beliau berkata, sejajar dengan komitmen kebanyakan negara jiran untuk pengurangan dan seterusnya meneutralkan pelepasan karbon, GML sedia menawarkan penyelesaian mesra alam sekitar bagi peralihan tersebut yang dijangka melibatkan penggunaan elektrik dalam pengangkutan.

Selain itu, beliau juga berharap pertumbuhan berterusan GML dapat menyuntik lebih banyak kelebihan ekonomi untuk Malaysia bagi jangka panjang dalam bentuk peningkatan peluang pekerjaan, pelaburan modal serta inovasi membabitkan segmen EV.

Menurutnya, selain memberi tumpuan ke atas pengeluaran dan pembekalan bas diimport sepenuhnya (CBU), GML turut melihat peningkatan permintaan dalam segmen CKD yang membuka lebih banyak peluang baharu di peringkat global berikutan minat ketara ke atas bas-bas EV.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Langkah itu akan memacunya untuk mempromosikan penggunaan penyelesaian mesra alam untuk bas dan…