Tidak seperti Google Assistant yang lebih bergantung kepada arahan berstruktur, Gemini membolehkan pengguna berinteraksi secara semula jadi, seolah-olah berbual dengan manusia.
Gemini bukan sahaja akan memahami mesej tersebut, malah bertindak balas dengan konteks yang tepat menghantar mesej dalam bahasa pilihan, serta menyarankan lokasi makan yang sesuai mengikut laluan pemanduan.
Ciri-Ciri Utama Gemini dalam Android Auto
-
Interaksi Suara Semula Jadi: Tidak perlu arahan khusus – hanya bercakap seperti biasa.
-
Terjemahan Automatik: Menyokong lebih 40 bahasa dengan keupayaan untuk mengingati keutamaan bahasa setiap kenalan.
-
“Gemini Live”: Mod perbualan langsung untuk merancang hari, berbincang idea atau malah berlatih pembentangan, semuanya semasa memandu.
-
Integrasi Google Apps: Gemini boleh mengakses Gmail, Google Calendar dan Maps untuk membantu mengurus jadual, mesej dan navigasi.
-
Bebas Tangan Sepenuhnya: Segala fungsi boleh diakses hanya dengan suara dari memainkan muzik ke menetapkan destinasi pemanduan.
Gemini AI bakal dilancarkan secara berperingkat kepada lebih 250 juta kenderaan yang menyokong Android Auto dalam masa beberapa bulan akan datang. Kenderaan yang mempunyai sistem Google terbina dalam, seperti dari Lincoln, Honda dan Renault, dijangka menerima kemas kini ini menjelang akhir 2025.
Kemunculan Gemini AI dalam Android Auto membawa satu lagi langkah besar dalam evolusi teknologi pemanduan. Dengan keupayaan memahami konteks secara lebih mendalam, menjawab secara natural dan mengurus pelbagai tugasan dalam satu permintaan, Gemini dilihat sebagai masa depan pembantu maya dalam kenderaan menjadikan pemanduan lebih selamat, produktif dan menyeronokkan.
Tonton pengumuman penuh di pautan ini: https://www.youtube.com/watch?v=Iu-QCwuJg9g&t=34s&ab_channel=Android