Generasi baharu GT-R, Z bakal terima bantuan janaan kuasa elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan sebelum ini telah memberikan bayangan mereka sedang merancang untuk memperkenalkan model pengganti bagi kereta sports R35 GT-R dan juga Fairlady 370Z dalam masa beberapa tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut strategi perancangan Nissan yang mensasarkan hampir 40% daripada kenderaan mereka bakal menerima janaan tenaga elektrik menjelang 2022, ia juga telah disahkan akan diperluaskan kepada kereta sports R35 dan 370Z generasi baharu. 

Menurut Jean-Pierre Diernaz, salah seorang daripada pengarah pemasaran Nissan berkata, "kami tidak memandang gandingan projek elektrifikasi dan kereta sports sesuatu yang aneh, memandangkan kereta sports bakal menerima banyak manfaat (daripada elektrifikasi)."
 


Tambah beliau lagi, projek tersebut dikatakan bakal menerima bantuan daripada rakan sepakatan Renault, Mitsubishi dan juga Mercedes-Benz!

Walaupun Nissan bekerjasama dengan Mercedes-Benz secara teknikal, teknologi dan sistem pacuan kuasa, Nissan dikatakan bakal membangunkan generasi baharu GT-R secara bersendirian. 

"Kami tidak akan berkongsi DNA bersama kereta sports AMG, kerana ia tidak akan sekali-kali berlaku!

"GT-R adalah GT-R, ia merupakan identiti Nissan!" komen beliau terhadap kerjasama antara Nissan dan Mercedes-Benz.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…