Generasi baharu Suzuki Swift bakal hadir seawal pertengahan 2022

oleh Mohamad Hanif|
Model hatchback dari Suzuki, Swift kini telah pun berada di generasi keempat yang telah pun muncul semenjak tahun 2017, dan difahamkan model generasi baharu sedang dibangunkan oleh pihak Suzuki pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada penerbitan Jepun Best Car Web, generasi kelima Suzuki Swift bakal menerima beberapa manfaat, seperti contoh platform yang ditambahbaik daripada senibina asal, atau menggunakan platform serba baharu.

Selain daripada itu, Swift generasi baharu juga dijangka menawarkan sekurang-kurangnya dua pilihan enjin yang lebih efisien berbanding penawaran sekarang iaitu:
1. enjin empat silinder sebaris 1.2 liter NA
2. enjin mild-hibrid empat silinder sebaris 1.2 liter

 

lakaran artis untuk generasi baharu Swift


Sementara varian hot hatch Suzuki Swift Sport pula dijangka akan hadir pada tahun 2023 dan menampilkan enjin 1.4 liter turbo yang dinaiktaraf utnuk menghasilkan kuasa yang lebih tinggi berbanding angka output pada ketika ini (138 hp/230 Nm).

Dari segi keselamatan, generasi kelima Suzuki Swift ini juga dijangka akan dilengkapkan dengan pelbagai jenis kelengkapan keselamatan aktif dan pasif, selaras dengan kehendak pasaran semasa.

Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Antara model yang dimaksudkan termasuklah Suzuki Ertiga (Toyota Rumion), Suzuki Brezza (Toyota…
Berita Global
Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga model pameran yang bakal mencuri tumpuan umum. Salah satu…