Generasi baharu Toyota Avanza dijangka tiba November ini - casis baharu, pacuan roda depan

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak tahun 2003 sehingga sekarang, Toyota Avanza merupakan antara MPV tiga baris tempat duduk yang masih lagi mengekalkan penggunaan casis semi-ladder frame serta konfigurasi pacuan roda belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, generasi baharu Avanza bakal mengabaikan ciri-ciri yang disebutkan tadi, dan bertukar kepada platform yang jauh lebih moden dengan sistem pacuan roda hadapan (FWD).

Menurut laporan daripada Otodriver, sumber memberitahu bahawa generasi baharu Toyota Avanza bakal muncul pada November ini dengan tenaga penggerak roda hadapan.
 

DN


Besar kemungkinan model yang bakal bersaing secara terus dengan Xpander dan BR-V 2022 itu akan diperlihatkan secara rasmi menerusi acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2021 (GIIAS 2021) bertarikh 11 November nanti.

Selain itu, ia dikatakan bakal membawakan enjin 1.5 liter yang dipadankan dengan transmisi CVT yang diperoleh daripada Toyota Sienta.

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan laporan berhubung rekaan yang bakal dibawakan oleh generasi baharu Avanza/Xenia (termasuk Alza) yang diinspirasikan daripada model konsep Daihatsu DN Multisix.
 

DN


Malah, rakan media Paultan juga turut melaporkan kehadiran model Alza generasi baharu yang dijadualkan menjelang akhir tahun ini, berdasarkan laporan tahunan yang menyebut persiapan untuk membangunkan komponen MPV berkod D27A itu.

Apapun, kita nantikan sahaja kemunculan rasmi generasi baharu Toyota Avanza/Daihatsu Xenia/Perodua Alza yang dijangka tiba tidak lama lagi.

Sumber: Otodriver

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah…
Pelancaran
Berbanding Avanza yang menggunakan platform ladder frame dan sistem pacuan roda belakang, Toyota…
Pelancaran
Untuk model terbaharu dengan kod nama D27A ini, Perodua kini menggunakan platform Daihatsu New…