Generasi baru MX-5 kekal konsep kompak, ringan, enjin pembakaran dalaman, pacuan roda belakang

oleh Mohamad Hanif|
Ya, pada saat ini anda mungkin sudah tepu dengan kehadiran bermacam-macam model SUV berjenama Mazda, namun pengeluar tersebut sebenarnya masih belum boleh melupakan model kereta sports ikonik MX-5.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Roadster tersebut disahkan bakal mendapat generasi baharu (generasi kelima, NE) dengan mengekalkan elemen-elemen yang terdapat pada model sebelumnya, iaitu saiz kompak, ringan, enjin pembakaran dalaman serta pacuan roda belakang, menjadikannya satu jentera yang seronok untuk dipandu.

Menurut ketua unit pembangunan produk dan kejuruteraan Mazda Eropah, Joachim Kunz kepada Autocar, "Mazda MX-5 merupakan ikon jenama, dan ia akan selamanya menerima layanan yang sangat istimewa.
 

MX-5


"Pada ketika ini, tampak seperti kami akan mengekalkan kereta ini selamanya, dengan saiz, konsep serta enjin pembakaran dalaman. Sudah tentu, satu hari nanti kami akan hadirkannya dengan versi elektrifikasi, namun kami tetap mahu mengekalkan konsep yang tulen ini.

Sejajar dengan peraturan emisi, elektrifikasi trenkuasa merupakan salah satu cara untuk terus mengekalkan kehadiran model MX-5 di pasaran, di mana ia dilihat mampu menambahbaik aspek seperti prestasi dan pecutan jentera, manakala sistem hibrid ringan dengan bateri yang kecil mampu membenarkan MX-5 kekal menjadi sebuah jentera yang ringan sama seperti generasi terdahulu.
 

MX5


Mazda juga turut mempunyai teknologi enjin Skyactiv-X yang dipadankan dengan sistem hibrid ringan, di mana ia juga merupakan kombinasi ideal untuk dimuatkan pada MX-5 generasi baharu.

Joachim Kunz turut mengakui Mazda MX-5 mempunyai tempoh kitaran hayat yang jauh lebih panjang berbanding model-model Mazda yang lain.

Namun, beliau percaya ia bukanlah satu isu besar dengan menyebut, "Mempunyai sebuah generasi untuk tempoh 10 tahun bukan satu masalah buat kami."

Kata-kata beliau itu tadi turut memberikan bayangan generasi keempat MX-5 (ND) bakal berakhir tidak lama lagi, sekaligus memberikan laluan kepada pelancaran model generasi kelima pada tahun 2024 kelak.
 

MX-5


Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…