Genesis G70 Shooting Brake - wagon mewah khusus untuk pasaran Eropah sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti benua lain yang mula memfokuskan kepada crossover dan SUV, benua Eropah masih lagi berbesar hati untuk menerima kehadiran segmen kenderaan wagon/station wagon/estate.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk memperlihatkan betapa seriusnya Genesis menyerang pasaran tersebut, divisyen automotif mewah Korea Selatan itu secara rasmi memperkenalkan model baharu G70 Shooting Brake, baru-baru ini.

 


Ia merupakan model kelima Genesis yang ditawarkan selepas kehadiran model sedan G70 dan G80 serta SUV GV70 dan GV80.

Bakal memberikan saingan kepada model Audi A4 Avant, BMW 3-Series Touring dan Mercedes-Benz C-Class Estate, G70 Shooting Brake ini hadir dengan dimensi sepanjang 4,685 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,400 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,835 mm.

 


Ruang kargo di bahagian belakang pula adalah lebih besar 40 peratus berbanding versi sedan, dan boleh diperluaskan lagi dengan melipat tempat duduk baris kedua dengan nisbah 40:20:40.

Dari segi rekaan, G70 Shooting Brake membawakan rekaan lampu LED terpisah depan dan belakang, rekaan bampar dan rekaan gril yang sama dengan model sedan.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan kehadiran diffuser, serta spoiler bumbung yang menempatkan lampu brek ketiga.

 


Tiada sebarang perubahan ketara didapati pada rekaan papan pemuka, di mana ia mendapat kelengkapan yang sama seperti sistem infotainmen jenis terapung, kawalan HVAC, konsol tengah yang menmpatkan tuil gear dan tempat meletak cawan, serta roda stereng dengan butang fungsi.

Genesis tidak mendedahkan informasi berkenaan trenkuasa, namun secara perbandingan G70 Sedan mendapat tiga pilihan enjin iaitu enjin 2.0 liter turbo (249 hp), enjin 3.3 liter V6 turbo berkembar (365 hp) dan enjin diesel 2.2 liter (199 hp).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, Genesis G70 Shooting Brake merupakan model kelima yang dibawa masuk oleh Genesis…
Berita Global
Genesis Eropah baru-baru ini menerbitkan beberapa keping gambar teaser dan difahamkan ia merupakan…