Genesis G90 2022 - generasi baharu sedan mewah Korea

oleh Mohamad Hanif|
Genesis G90 merupakan sedan mewah di dalam segmen sedan saiz penuh yang telah pun wujud sejak tahun 2015 lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, pengeluar mewah Korea Selatan itu memperlihatkan beberapa keping gambar generasi baharu Genesis G90 2022 yang menjanjikan spesifikasi yang lebih mewah berbanding model terdahulu.

Dari segi luaran, Genesis G90 membawakan bahasa rekaan Athletic Elegance yang lengkap dengan Crest Grille yang agak besar (tipikal rekaan automotif masa kini) dan diapit oleh rekaan jalur lampu berkembar.
 

G90


Rekaan gril itu tadi menampilkan senibina berlapis dengan rekaan G-Matrix yang ditindih atas satu sama lain.

Menariknya, Genesis G90 serba baharu ini didatangkan dengan hud enjin jenis clamshell yang mampu mengurangkan kesan jurang panel.

Di bahagian sisi, terdapat set lampu isyarat membelok LED berkembar yang mengikut elemen pada lampu utama tadi, diikuti dengan rekaan pemegang pintu yang tertanam kemas di bahagian pintu.

Keempat-empat arka roda menempatkan set rim bersaiz 20 inci.
 

G90


Rekaan belakang sedan Genesis G90 ini pula telah diberikan kemaskini yang tidak menampilkan elemen Two-Line yang serupa, sebaliknya ia menampilkan jalur LED melintang penuh diikuti dengan lampu belakang utama yang lebih bersegi dan tajam.

Tiada gambar ruang kabin dibekalkan buat masa ini, namun Genesis menjelaskan sedan G90 ini bakal ditawarkan dalam versi jarak roda 190 mm lebih panjang berbanding model standard, sekaligus menjadikan ruang kabin yang lebih luas.

Lebih perincian berkenaan Genesis G90 bakal diketahui dalam masa terdekat.