Genesis G90 Limousine ini merupakan kenderaan rasmi Sultan Johor

oleh Mohamad Hanif|
Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar amat dikenali kerana koleksi kereta mewah yang hebat-hebat, dan tidak kurang pula yang sukar untuk dtemui dan didapati di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, apa yang menarik perhatian netizen masa kini adalah kehadiran sebuah kereta sedan yang digunakan sebagai kenderaan rasmi baharu, iaitu sebuah Genesis G90 Limousine.

Kelibat sedan panjang dari jenama mewah Korea ini dikesan ketika baginda menghadiri Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri semalam (12 Ogos 2021).
 

G90 Limousine


Sedan Genesis G90 ini memiliki dimensi yang agak panjang, iaitu 5,945 mm dengan kelebihan jarak antara roda 289.6 mm berbanding sedan G90 standard.

Kelebihan ini memberikan ruang kaki yang jauh lebih luas, sementara bukaan pintu belakang juga 38 mm lebih panjang bagi memudahkan urusan keluar dan masuk.
 

G90


Di bawah hud, terletaknya enjin 5.0 liter bentangan V8 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, menghasilkan 425 kuasa kuda, namun terdapat pilihan enjin 3.3 liter V6 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 365 hp.

Sebagai makluman, harga jualan sebuah sedan G90 Limousine ini bermula dari $138,000 (RM584,154) tidak termasuk opsyen penyesuaian spesifikasi bergantung kepada kehendak pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Genesis Motor Europe memperkenalkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) unik GV70 Snow…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Sehingga Ogos 2023, pengeluar dari Korea Selatan itu akhirnya secara rasmi menghasilkan lebih satu…