Genesis GV60 - kembar kepada Hyundai Ioniq 5 & Kia EV6

oleh Mohamad Hanif|
Bermula daripada platform baharu Electric Global Modular Platform (E-GMP), lahirnya model-model kenderaan elektrik dalam keluarga Hyundai iaitu Hyundai Ioniq 5, diikuti dengan Kia EV6.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, sebuah lagi model yang lahir dari platform yang sama, namun kali ini ia datangnya daripada jenama premium kumpulan Korea itu, Genesis GV60.

Dari segi luaran, ia membawakan sedikit persamaan terutama dari segi perkadaran bentuk yang hampir serupa dengan model Ioniq 5 dan EV6, di mana ia menampilkan rekaan hud hadapan berbentuk cengkerang, diikuti dengan garis bumbung fastback.
 

GV60


Tipikal model Genesis, GV60 turut membawakan bahasa rekaan 'Athletic Elegance' yang turut merangkumi unit lampu signatur quad light di depan dan belakang, rekaan gril bawah berbentuk perisai yang tampak lebih agresif dan kurang elegan jika dibandingkan dengan model Genesis yang lain.

Sementara ruang kabin pula sememangnya mengekalkan elemen rekaan Genesis seperti dial penukaran gear Crystal Sphere, tombol infotainmen, penampilan upholsteri kulit biru sultry yang dipinjamkan daripada G80 dan GV80, serta penggunaan skrin dan kamera sisi bagi menggantikan peranan cermin sisi pada tiang A.
 

EV


Berdasarkan persamaan dengan Ioniq 5 dan EV6, besar kemungkinan GV60 akan turut dilengkapi dengan variasi pek bateri berkapasiti 58.0 kWh hingga 77.4 kWh dan jarak pemanduan melebihi 483 km (data WLTP).

Lagi butiran berkenaan EV GV60 ini bakal diketahui dalam masa terdekat.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Genesis Motor Europe memperkenalkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) unik GV70 Snow…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Sehingga Ogos 2023, pengeluar dari Korea Selatan itu akhirnya secara rasmi menghasilkan lebih satu…