Geng mat rempit berhijrah menjadi penggali kubur

oleh SALINA JALIL|
Penularan Covid-19 telah mengubah sikap sekumpulan mat rempit untuk berhijrah ke arah kerja yang mulia dengan menjadi penggali kubur.


Kebanyakan mereka yang berumur 20-an itu sebelum ini sering menghabiskan masa melepak di kedai motosikal untuk mengubah suai kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Namun, kumpulan yang dikenali sebagai Unit Angkasawan Sertik itu kini giat me­lakukan kerja-kerja menguruskan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 di sekitar Felda Sertik di Bentong.

 

Mohamad Zainon, 47, berkata, dia dan rakan-rakan lain yang berusia 20-an membuat keputusan menjadi penggali kubur jenazah Covid-19 susulan keperluan tenaga kerja bagi menguruskan jenazah pesakit tersebut di kawasan itu.

 

“Jika berlaku kematian akibat Covid-19, tidak ramai yang berani menguruskan jenazah. Jadi, saya bertanyakan kepada budak-budak motor dan mengajak mereka menyertai unit ini dan mereka terus bersetuju.

 

“Jika dahulu kami sama-sama setting motosikal di lebuh raya, tetapi kini semua telah sama-sama menjadi penggali kubur,” katanya.

 

Menurutnya, dengan bimbingan Jabatan Kesihatan dan juga Pengerusi Unit Angkasawan Sertik, Amel Saad, 60, yang berpe­ngalaman dalam menguruskan kes kematian, mereka kini mampu melaksanakan tugas itu dengan baik dan lancar.

 

Sementara itu, Amel yang juga Bendahari Khairat Kematian Felda Sertik berkata, sehingga kini sebanyak tujuh jenazah pesakit Covid-19 telah diuruskan oleh unit berkenaan.

 

Ujarnya, pengebumian jena­zah di tanah perkuburan Islam Felda Sertik dilakukan tanpa menggunakan jengkaut memandangkan jentera itu tidak dapat melalui kawasan tanah perkuburan itu yang agak sempit.

 

“Memang agak penat kerana terpaksa mencangkul dalam keadaan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap.

 

“Saya pun akan berhenti sekejap selepas lima minit mencangkul, tetapi orang-orang muda ini boleh sampai 10 minit tanpa henti,” ujarnya.

 

 

 

-K! ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pihak kami dan JSPT Bukit Aman sudah maklumkan kepada pihak Anih bahawa kerja-kerja…
Berita Domestik
  "Pada 4 April (semalam) tular gambar dan rakaman video di laman sesawang Facebook 'Kami Penduduk…
Berita Domestik
  "Saya bangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan telah dilaksanakan…