Gentari dan EVC lancar pengecas EV awam 350kW pertama di Asia Tenggara

oleh Penyumbang Rencana|
Gentari Sdn Bhd (Gentari) yang merupakan salah satu anak syarikat PETRONAS, telah melancarkan pengecas EV awam 350kW pertama di Asia Tenggara dengan kerjasama EV Connection Sdn Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hab pengecasan EV yang dilancarkan itu terletak di X Park Sunway Serene bertempat di Zon Perindustrian Dagangan Bebas Sungai Way, Selangor. Ianya terdiri dari 1 pengecas super 350kW, 2 pengecas pantas DC dan 5 pengecas AC.

 

180kW


X Park menjadi hab pengecasan EV pertama di Malaysia yang menerima lesen Suruhanjaya Tenaga (EC), ia menjamin kemudahan dengan keselamatan struktur dan operasi bagi meningkatkan keyakinan terhadap ekosistem pengecasan EV di Malaysia.

Gentari dan EVC juga sedang membina satu lagi hab pengecasan di Resort Golf Bangi yang turut mendapat lesen dari EC.

 

SYAH GENTARI

 

Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razali berkata, “Hab pengecasan berkelajuan tinggi baharu milik Gentari di X Park Sunway Serene dijangka akan memberikan sumbangan besar ke arah menyokong ekosistem EV yang berdaya maju dengan meningkatkan lagi tahap keyakinan jarak pemanduan di kalangan pengguna EV dengan memberi tumpuan kepada pengalaman pengecasan di kawasan bandar."

"Sebagai sistem pengecasan pertama yang dilesenkan oleh EC, kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyokong usaha untuk menyeragamkan dan mentadbir sektor mobiliti hijau Malaysia yang sedang berkembang pesat, bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna."

"Gentari turut gembira kerana menjadi syarikat pertama yang menawarkan mekanisme penetapan harga bersamaan kilowatt-jam (kWj), yang membuktikan bahawa pasukan kami sememangnya sentiasa mengutamakan pelanggan dan pantas untuk bertindak.”

 

Kona


Pengarah Urusan  EVC, Lee Yuen How turut menambah, “Kami berharap penyediaan pelbagai infrastruktur pengecasan pantas yang mampu milik dan mudah untuk diakses di X Park, Resort Golf Bangi dan hab-hab berlesen lain di seluruh negara pada masa akan datang dapat meningkatkan lagi kadar penggunaan EV di kalangan rakyat Malaysia."

"Lokasi di Sungai Way ini sememangnya sesuai kerana ia dapat memenuhi keperluan para pengguna EV yang tinggal di kawasan kediaman dan perniagaan di sekitar Petaling Jaya, yang memerlukan kemudahan pengecasan yang boleh dipercayai dan mudah dengan masa pengecasan lebih singkat. X Park turut dilengkapi dengan pilihan F&B dan hiburan yang ditawarkan untuk kemudahan para pemandu semasa mengecas EV mereka.”

 

charge price


Dengan pembinaan hab pengecasan Kelab Golf Bangi ke dalam rangkaiannya, Gentari sememangnya fokus ke arah menawarkan hab campuran di kawasan yang mempunyai kadar trafik tinggi dan bergerak pantas seperti di X Park, serta di destinasi riadah seperti di Kelab Golf Bangi, bagi menyediakan kemudahan pengecasan EV untuk memenuhi keperluan aktiviti rutin yang berbeza.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…
Berita Domestik
Pengecas DC itu ditempatkan di kawalan letak kereta pelanggan yang menawarkan akses kepada semua…
Berita Domestik
Ia selaras dengan komitmen PETRONAS untuk menyampaikan penyelesaian tenaga rendah karbon yang…