Gentari tandatangan MoU bersama Tata Motors, libatkan penghantaran 5,000 unit Tata Ace EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat penyedia tenaga bersih yang merupakan salah satu anak syarikat Petronas, Gentari Sdn Bhd (Gentari) baru-baru ini telah melebarkan sayapnya ke peringkat global melalui kerjasama dengan jenama kenderaan komersial terbesar India, Tata Motors
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Melalui entiti gabungannya Amplus Power Supply Private Limited, Gentari telah menandatangani MoU bersama Tata Motors dalam usahanya untuk menyampaikan penyahkarbonan di pasaran utama seluruh dunia.

Perjanjian itu bakal menyaksikan 5,000 unit penghantaran Tata Ace EV, sebuah kenderaan komersial ringan dengan sifar emisi yang paling canggih di India dalam masa 3 tahun.

Tata Ace EV dikuasakan oleh motor elektrik tunggal bersama bateri litium ion berkapasiti 21.3 kWj yang mampu menghasilkan 36 HP dan 130 Nm dengan jarak gerak sehingga 154 km.

Perjanjian itu termasuk 1,000 unit penghantaran pertama untuk kegunaan di bandar-bandar utama India iaitu Delhi, Bengaluru, Hyderabad, Pune dan Kolkata.

Sempena penandatanganan MoU itu, Gentari dan Tata Motors telah mengadakan majlis penyerahan semasa Ekspo Smart Cities India ke-8 untuk menandakan penghantaran 100 unit pertama trak yang akan diserah sepanjang Mac dan April tahun ini.

Gentari turut menandatangani MoU bersama syarikat penyedia mobiliti elektrik iaitu MoEVing Urban Technology Private Limited (MoEVing) mengembangkan lagi tawaran Vehicle-as-a-Service (VaaS).

 

2

 

Perjanjian itu bakal menyediakan kenderaan kargo elektrik yang merangkumi 1,000 unit 3 roda dan 500 unit 4 roda secara langganan.

Selain itu, Gentari turut menukar dokumen MoU bersama syarikat logistik Gati KWE (Gati) bagi membekalkan 500 unit kargo EV melalui tawaran VaaS nya.

Menurut Gentari, tawaran VaaS semasa mereka dengan kira-kira 1,000 unit EV tiga roda telah mencatatkan 3 juta kilometer bersih yang bersamaan dengan lebih daripada 100 tan pengurangan pelepasan karbon dioksida.

Di India, tawaran VaaS Gentari menyediakan perkhidmatan logistik pihak ketiga, pengendali eDagang serta pengguna persendirian.

Menjelang 2023, Gentari menyasarkan untuk mengembangkan barisan EV nya kepada lebih 4,000 kenderaan merentasi sepuluh bandar dengan gabungan kenderaan tiga dan empat roda.

Gentari turut menyasarkan untuk menambah bilangan hab kepada 10 bandar pada tahun 2023, bagi mengembangkan 162 titik pengecasan semasa yang digunakan pada tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…
Berita Domestik
Pengecas DC itu ditempatkan di kawalan letak kereta pelanggan yang menawarkan akses kepada semua…
Berita Domestik
Ia selaras dengan komitmen PETRONAS untuk menyampaikan penyelesaian tenaga rendah karbon yang…