Gerabak kelapa sawit dari negara China - RM10k sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang pernah menetap atau berasal daripada selatan tanah air terutama di kawasan Muar dan Batu Pahat, tentu sekali akan terlintas di fikiran perkataan gerabak setelah melihat gambar di atas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gerabak disini bukanlah bermaksud gerabak keretapi yang kita semua maklum, ia adalah panggilan orang tempatan terhadap jentera unik yang dicipta bagi mengangkut muatan kelapa sawit, nenas dan kelapa dari ladang dengan hanya menggunakan nadi kuasa daripada enjin Vespa. 

 


Mungkin sekali idea tersebut telah dibawa balik oleh pelancong pelancong China yang saban tahun melawat Malaysia dan tersebar dengan meluas sehinggakan di pedalaman China, terdapat rekaan yang mengadaptasikan idea gerabak pada sebuah jentera sembilan roda. 

Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan tricycle SHS175ZH-2 ini, Shenghuoshen (maksud: Holy Fire God) menggunakan enjin motosikal 175 cc 4-stroke dengan sejukan cecair yang mampu mencapai kelajuan 60 km/j.

 


Sama seperti gerabak yang terdapat di sini, motosikal tricycle gerabak di China hadir dengan tayar ekstra di bahagian belakang bagi memuatkan lebih banyak hasil pertanian dari ladang

Jentera yang dikhususkan untuk kegunaan petani ini dijual pada harga 16,999 yuan (RM10.2k++) sahaja. 

 


Pengeluar lain turut sama bersaing di dalam segmen pertanian ini seperti Xinling yang hadir dengan model XL175ZH-A yang menggunakan enjin motosikal 175cc namun dengan kelajuan maksimum sekitar 50 km/j sahaja. 

 


Jentera gabungan motosikal dan katil daripada trak ni dijual pada harga yang lebih rendah, iaitu sekitar 13,588 yuan (RM8.1k++). 


p/s: teringat zaman kecik dulu selalu sangat jalan-jalan dengan gerabak ni. 

kredit gambar: Azmi Shuib

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin…
Berita Domestik
  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata melalui KLAV 27, kerajaan melalui…
Informasi
  Menurut Rapid KL, laluan LRT3 yang menghubungkan Johan Setia di Klang dengan Bandar Utama akan…