"Saya difahamkan seorang wanita mengandung terperangkap di dalam Perodua Kancil itu namun berjaya keluar melalui tingkap kenderaan berkenaan dan dia selamat," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, pemandu kereta Naza Citra Zulfatihah Zainuddin, 31, berkata kejadian itu amat menakutkan, namun bersyukur beliau dan empat anaknya terselamat.
Beliau yang menetap di Bukit Rangin berkata kejadian pokok tumbang itu mengakibatkan cermin belakang keretanya pecah selain mengalami beberapa kerosakan lain.
"Semasa kejadian, banyak benda dah terbang, saya nak alihkan kenderaan tapi pokok tumbang atas kereta...memang panik ketika itu dan saya segera keluarkan anak-anak yang sedang menangis dan berselindung belakang batu," katanya
Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di lokasi berkenaan telah dilaksanakan Unit Tindakan Khas Majlis Bandaraya Kuantan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.