"Sukar untuk melakukan penjarakan sosial bila mereka berada di hentian R&R dan sebagainya," ujar Huzir.
"Penerbangan domestik di Semenanjung dibenarkan tetapi untuk mereka yang ke Sabah dan Sarawak, mereka perlu memohon secara atas talian menggunakan platform yang telah disediakan oleh kedua-dua kerajaan negeri tersebut sebelum mereka membeli tiket penerbangan," terang beliau semasa sesi media khusus untuk Gerak Malaysia semalam.
Huzir turut mengingatkan bahawa hhanya empat penumpang dibenarkan untuk setiap kenderaan.
"Namun jika ada yang berkeluarga, ia terpulang pada budi bicara pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya," tambahnya.