Gerenti lulus: SPRM 'cekup' dua pembantu penguat kuasa

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki menerima rasuah bagi urusan permohonan lesen memandu tanpa gagal atau istilah yang dikenali dengan 'gerenti lulus'.


Kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor pada 3 petang Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut sumber, "penahanan suspek itu adalah susulan penahanan dua individu lain sebelum ini membabitkan seorang wanita yang juga pekerja sambilan dan seorang pengajar lelaki di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta wang daripada calon ujian memandu sebagai dorongan bagi mendapatkan lesen ‘gerenti lulus’." 

 

Tambah sumber tersebut, suspek masing-masing dipercayai menerima wang tunai berjumlah RM1,750 dan RM750.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

 

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok (Khamis) untuk permohonan reman bagi membantu siasatan," katanya.

 

TV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima…