Menurut laporan The Information, pertemuan dua belah antara pihak pengurusan tertinggi Grab dan Gojek semenjak dua tahun lalu kini dilihat memasuki fasa seterusnya.
Penggabungan ini dilihat sebagai salah satu cara Grab dan Gojek untuk mengurangkan perang harga untuk perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran makanan bagi mengelakkan kerugian operasi.
Namun, seorang eksekutif tertinggi Gojek menegaskan bahawa sebarang perjanjian untuk mengurangkan subsidi dan menaikkan harga tambang adalah mustahil kerana ia bertentangan dengan undang-undang persaingan yang telah ditetapkan.
Gojek ketika ini sedang berusaha meningkatkan kutipan pelaburan Siri F dengan target $2.5 billion.
Tahun lalu, Gojek telah menerima suntikan dana berjumlah $1 billion daripada pelabur seperti Google, JD.com. Tencent, Mitsubishi Corporation dan Provident Capital.
Manakala Grab pula mensasarkan $6.5 billion untuk Siri H terbaharunya daripada pelabur sedia ada Invesco Ltd, serta syarikat besar dunia seperti Toyota, Oppenheimer Funds, Hyundai, Booking Holdings, Microsoft Corporation, Ping An Capital dan Yamaha Motor.
Menurut laporan itu lagi, Grab mahukan penguasaan majoriti ke atas entiti gabungan tersebut, namun Gojek mahukan pembahagian 50-50.
Sumber: The Information menerusi Amanz
Sumber gambar: Nikkei Asian Review