Gibson hasilkan kit badan dengan muka Camaro untuk Suzuki Every

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Suzuki Every merupakan sebuah van bersaiz kecil yang popular di pasaran Jepun, Every juga terkenal dengan pelbagai ubah suai kit badan dari pelbagai syarikat penala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk Suzuki Every dengan muka Chevrolet Camaro.

 

2

 

Sama seperti kebanyakan penala lain, Gibson memfokuskan pada ubah suai bahagian depan yang didatangkan dengan bonet hadapan sedikit menonjol, bumper baharu, lampu bulat dibuat oleh Koito serta rekaan jeriji dengan gaya retro.

Rekaan pada bahagian hadapan itu kali ini diinspirasikan dari Camaro 1969 bersama beberapa ubah suai untuk menyerasikan dengan gaya Suzuki Every.

 

2

 

Gibson menawarkan dua varian bagi ubah suai kit badan tersebut, varian pertama dikenali sebagai Every Max dimana ia didatangkan dengan gaya off-road dipadankan bersama pelindung bumper, pemijak sisi, roda off-road dan khemah bumbung.

manakala varian kedua pula telah didedahkan pada acara TAS yang berlangsung baru-baru ini, varian tersebut memiliki rupa lebih sporty seakan Camaro SS dengan tetapan suspensi lebih rendah.

 

4

 

Rekaan hadapan didatangkan dengan ubah suai yang sama seperti Every Max bersama tambahan fender dipanjangkan serta splitter seakan Camaro SS.

Every SS turut ditawarkan bersama skirt sisi, roda aloi dan kemasan dalaman berwarna merah, Gibson menawarkan kit badan tersebut dengan harga bermula dari JPY242,000 (RM8,653).

 

5

 

Untuk anda yang menginginkan Every Max dengan gaya off-road, harga tambahan bermula dari JPY44,000 (RM1,437) untuk kombo pelindung bumper dan skid plate, tambahan JPY88,000 (RM3,146) untuk pemijak sisi.

Serta tambahan JPY308,000 (RM11.014) untuk khemah bumbung dan beberapa tambahan lain untuk roda dan suspensi dengan tetapan off-road.

 

5

 

Untuk memadankan Every tersebut dengan gaya retro Camaro, Gibson turut menawarkan upholsteri vintaj jenama Gravis atau Grafam bermula dari JPY209,000 (RM7,473).

 

Sumber: carscoops

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk tahun 2023, DAMN memperkemaskan lagi penawaran kit badan Little G dengan tiga variasi yang…
Berita Global
Kini, penawaran kit badan little D yang sama boleh didapati oleh para pemilik van kecil Suzuki…
Berita Global
Disebabkan pengaruh Jimny yang kuat, sebuah syarikat Jepun yang dikenali sebagai T-Style hadir…