Gilette lancar pisau cukur Heated Razor berjenama Bugatti!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua tahu, produk Bugatti bukan untuk semua orang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bukan sahaja supercar dan hypercar yang sememangnya untuk golongan kayangan, bahkan produk sampingan seperti jam tangan seperti yang pernah kami siarkan sebelum ini.

Baca: Chiron Tourbillon - jam tangan RM1.2 juta

Baca: Jam tangan pintar Bugatti RM4.5k
 

gillette


Jika anda mahu  mencari sebuah produk Bugatti yang paling mampu milik (rasanya harga dia pun mampu tengok kut), jawapannya datang dari pengeluar pisau cukur, Gillette.

Menurut siaran media, produk pisau cukur ini dihasilkan bagi menawarkan 'pengalaman mencukur' yang luar biasa, terima kasih kepada ciptaan pisau cukur dengan ciri pemanas yang diperkenalkan pada tahun 2018.
 

gt


Ciptaan ini turut diiktiraf oleh Time Magazine sebagai salah satu penemuan terpintar di pasaran, di mana pisau cukur ini mampu menawarkan hasil cukuran yang selesa dan kehangatan yang menenangkan dengan hanya satu butang sahaja.

Menurut CEO P&G Crooming, Gary Coombe menjelaskan, "seperti supercar Bugatti yang menawarkan pengalaman pemanduan yang tidak boleh dikalahkan, pisau cukur kami direka bukan sekadar untuk mencukur, akan tetapi untuk mencipta pengalaman mencukur yang lebih mewah di rumah.
 

gt


Sayang sekali, harga jualan untuk sebilah pisau cukur berjenama Bugatti dengan ciri pemanas ini tidak didedahkan, namun sebagai makluman, produk Gillette Heated Razor dijual pada harga $200 (RM834.30).