Giliran Blitz pula tunjuk konsep modifikasi Toyota GR 86

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada beberapa penala terkenal seperti HKS, TOM's Racing dan SARD, pemilik Toyota GR 86 sememangnya beruntung kerana terdapat pelbagai jenis modifikasi dan kit badan yang ditawarkan oleh penala-penala terkenal seperti HKS, TOM's Racing dan SARD.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Blitz tidak mahu ketinggalan untuk memperlihatkan secara rasmi konsep modifikasi yang mereka bawakan untuk generasi kedua kereta sports pacuan roda belakang GR 86 itu.

 


Jelas kelihatan, bampar hadapan telah diberikan penampilan seakan Subaru BRZ dengan penambahan lampu nyalaan siang LED baharu, diakhiri dengan pemasangan splitter hadapan.

Di bahagian sisi, Blitz telah membuat penambahan kepada fender belakang, diikuti dengan rim baharu Enkei Racing Revolution RS05RR bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar Dunlop Direzza ZIII.

Sementara penampilan belakang diserikan dengan pemasangan GT Wing daripada gentian karbon, sebelum diakhiri dengan bampar yang telah direka semula menempatkan kemasan liang udara sisi, dan diffuser yang diapit empat tip ekzos.

 


Ruang kabin pula menempatkan gugusan meter tambahan yang memaparkan tekanan minyak dan suhu, sementara penjenamaan Blitz boleh didapati pada sesetengah tempat seperti tuil gear dan brek tangan.

Untuk keselesaan pemandu, Blitz telah memasang tempat duduk perlumbaan Bride yang menawarkan sokongan yang lebih baik.

Dari segi kuasa, Blitz telah mendatangkan beberapa perubahan seperti penapis udara karbon, kit induksi karbon, serta sistem penyejukan yang terdiri daripada radiator baharu dan penyejukan jenis minyak untuk enjin 2.4 liter flat-four itu.

 


Selain daripada itu, kawalan Power and Throttle yang boleh diakses daripada konsol tengah itu membolehkan pemandu meningkatkan kuasa daripada enjin standard 232 hp/250 Nm, namun kadar peningkatan tersebut tidak diperincikan oleh Blitz.

Aspek pengendalian dibantu dengan penggunaan suspensi yang lebih rendah, camber yang lebih agresif, serta pemasangan strut tower bar depan dan belakang, sebelum dibantu dengan sistem brek dengan angkup enam omboh dan rotor 355 mm hadapan, serta angkup empat omboh dan rotor 330 mm di bahagian belakang.

Menurut laman web rasmi Blitz, kesemua modifikasi di atas masih lagi di dalam peringkat pembangunan, namun mereka bakal menawarkannya dalam masa terdekat untuk para pemilik GR 86.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampak radikal dan mampu membuatkan banyak kepala tertoleh melihatnya. Kali ini, Blitz kembali…