Giliran Civic ES pula jadi Transporter lembu

oleh HEZERI SAMSURI|

Empat orang lelaki telah memilih sebuah Honda Civic 1.7 ES untuk dijadikan kenderaan mengangkut lembu jenis Brahman yang dicuri mereka.

Kejadian berlaku jam 3.15 pagi Khamis lalu di mana suspek-suspek cuba melarikan lembu tersebut berhampiran Jalan Sungai Lokan, Butterworth.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, cubaan mereka gagal bila pemilik kandang memeriksa kamera CCTV bila terdengar salakan anjin di kawasan berkenaan.

Pemilik tersebut melihat empat suspek dengan dua buah kenderaan cuba melarikan lembu miliknya.

 

 

Suspek turut dilihat menyumpit ubat pelali ke arah dua ekor lembu di kandang itu tetapi hanya sempat menyumbatkan seekor sahaja ke dalam kenderaan mereka sebelum melarikan diri.

Pemilik kandang itu mengejar Honda Civic tersebut dan kenderaan itu terlanggar besi longkang lantas terbabas.

Tiga suspek cedera sementara seorang berjaya melarikan diri.

Penternak lembu itu menahan suspek-suspek yang cedera itu dan menyerahkan mereka yang berusia 24 hingga 26 tahun itu kepada pihak polis.

Polis masih sedang mencari suspek terakhir. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…