Giliran Garrett Motion pula fail bankrap

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terkini di tengah-tengah pandemik COVID-19, sebuah lagi syarikat pembekal komponen automotif Garrett Motion telah memfailkan bankrap akibat terpaksa menanggung beban hutang yang besar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada itu, Garrett Motion juga dikatakan berselisih faham dengan Honeywell International atas isu liabiliti asbestos.

Menurut laporan daripada Automotive News, Garrett Motion pada Ahad lalu telah pun mengadakan perjanjian pembelian dengan firma ekuiti swasa KPS Capital Partners dengan nilai $2.1 billion.

Malah, dalam perjanjian itu lagi, mana-mana pihak yang mahu membida perlulah menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan oleh KPS.

Garrett Motion yang merupakan syarikat pembuat komponen pengecas turbo kini memohon persetujuan mahkamah untuk kemudahan pembiayaan peminjam bernilai $250 juta, dan sepanjang proses penyusunan semula organisasi itu, Garrett Motion menjangkakan penerusan operasi tanpa sebarang gangguan.

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Automotive News Europe, Garrett Motion menyebut produk pengecas turbo elektrik bakal membuat kemunculan pada tahun hadapan melibatkan beberapa buah projek yang menggunakan sistem e-boosting mereka.

 


Ketika ini, pelanggan terbesar Garrett Motion adalah Ford Motor yang merangkumi 12 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan untuk tahun 2019.

Kesan wabak pandemik COVID-19 telah menyebabkan operasi kebanyakan syarikat automotif dan pembekal komponen dihentikan buat sementara waktu, selain terpaksa menutup kilang yang menyebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan.

"Ketegangan kewangan yang kami hadapi adalah berpunca daripada Honeywell, dan bertambah buruk akibat COVID-19, dan ini sekaligus mencipta beban jangka masa yang panjang kepada perniagaan kami," ujar CEO Garrett Olivier Rabiller.

Honeywell menuduh Garret memfailkan kebankrapan untuk 'mengelak daripada komitmen kewangan yang sah dan munasabah' yang disifatkan sebagai sebahagian daripada proses penjualan pada tahun 2018.

Dalam satu kenyataan, Honeywell menyebut "Garrett sememangnya mampu untuk memenuhi kewajipan tersebut dengan aset yang diterima daripada proses penjualannya" dan menambah bahawa pihaknya komited untuk mengadakan dialog dengan firma tersebut.

Januari lalu, Garrett menuduh Honeywell merancang penjualan syarikat tersebut dengan meletakkan liabiliti industri konglomerat tersebut yang dikaitkan dengan tuntutan pendedahan asbestos.

Garret menyatakan mereka akan melengkapkan proses penjualan seawal tahun 2021.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Huaxun Network System Co dari Shanghai meminta makhkamah untuk memulakan prosedur bankrap…
Berita Global
Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu Pandaily, "jenama Borgward tidak akan berjaya,…
Berita Global
Menurut seorang bekas pendakwa dan pengkritik sistem keadilan Jepun, Nobuo Gohara mendedahkan…