GIMS 2024: MG3 HIBRID DIPERKENALKAN, 192HP, 0-100KMJ DALAM 8 SAAT

oleh Firdaus Razani|
Lebih sedekad model hatchback segmen-B MG Motor, iaitu MG3 dilancarkan di pasaran, semalam di Geneva International Motor Show (GIMSWISS) 2024, MG3 Hybrid+ serba baharu telah diperkenalkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MG3 generasi terbaharu ini membuat perubahan yang besar dengan menampilkan rangkaian kuasa hibrid penuh pertama yang dihasilkan oleh MG Motor.

 

mg3

 

MG3 terbaharu ini menampilkan rangkaian kuasa enjin petrol 1.5 liter empat silinder yang menjana kuasa output sehingga 101hp dan 128Nm tork yang dipadankan dengan transmisi automatik tiga kelajuan.

Manakala untuk penggunaan motor elektrik tunggal yang dijanakan oleh pek bateri lithium-ion berkapasiti 1.83kWh, ia menghasilkan kuasa output sehingga 134hp dan 250Nm tork.

 

mg3

 

Apabila rangkaian kuasa enjin petrol dan motor elektrik digabungkan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 192hp dan mampu untuk memecut dari 0-100kmj hanya dalam lapan saat.

Ia turut didatangkan dengan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Standard dan Sport, dan ia akan automatik memilih salah satu daripada lima mod rangkaian kuasa seperti mahu enjin difokuskan, tenaga untuk e-motor, caj untuk bateri , atau kekal tidak aktif.

 

mg3

 

Dari rekaan bentuk luaran, dapat dilihat secara jelas gril besar pada bahagian hadapan bersama dengan rekaan air intake yang menarik yang dipadankan dengan lampu hadapan LED.

 

mg3

 

Untuk bahagian dalaman, MG3 terbaharu menampilkan paparan infotainmen bersaiz 10.25 inci dan paparan klustermeter digital bersaiz tujuh inci yang serupa seperti yang ada pada model MG4.

 

mg3

 

Pada bahagian konsol tengah, sama seperti barisan model MG yang lain, ia hadir dengan pemilih gear berputar dan bersama upholsteri tempat duduk berkuitif serta jahitan kontras oren terang.

 

mg3

 

MG3 terbaharu ini mempunyai ukuran 4113mm panjang, 1502mm tinggi dan 1797mm lebar dengan jarak roda 2570mm dan mempunyai ruang kargo sebesar 293 liter.

 

mg3

 

Untuk model MG3 baharu ini, ia mempunyai dua pilihan trim, iaitu SE dan Trophy, bagi model varian tertinggi, ia mempunyai upholsteri gaya kulit, keyless entry, pemanas tempat duduk hadapan serta stereng dan kamera 360 darjah.

Harga jualan bagi MG3 Hybrid+ akan diumumkan pada bulan Mac.

 

SUMBER : AutoExpress, Whichcar

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadiran model Denza D9 mampu memberikan cabaran kepada model pesaing seperti Lexus LM, Volvo EM90…