GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition - 10,000 unit terhad, rona emas istimewa

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada bulan Mei lepas, GIVI Malaysia telah memperkenalkan top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition sempena menyambut pencapaian jualan 2 juta unit boks GIVI di Malaysia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition mengekalkan reka bentuk dan asas yang sama seperti Givi Monolock B32 Bold.

 

2

 

Memfokuskan untuk penggunaan motosikal 500 cc ke bawah, ianya memiliki kapasiti 32 liter yang boleh memuatkan satu helmet modular dan sesuai untuk kegunaan harian.

Boks edisi terhad itu menampilkan rona warna emas istimewa dan nombor siri pada bahagian atas lubang kunci, dimana hanya 10,000 unit terhad yang dihasilkan.

 

3

 

Setiap pembelian GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition didatangkan dengan satu tapak boks, 2 kunci, sehelai T-shirt eksklusif (bergantung pada stok) dan 2 pelekat edisi terhad, dengan harga dijual bermula dari RM300.

Sempena pencapaian  jualan 2 juta unit boks GIVI itu juga, GIVI Malaysia telah mengadakan peraduan "Beli & Menang" yang menawarkan hadiah utama menarik.

 

4

 

Dengan setiap pembelian GIVI B32 Gold Limited Edition, anda berpeluang memenangi hadiah berupa sebuah Honda ADV160 dan Yamaha Y16ZR dengan liveri edisi terhad.

Untuk menyertai peraduan tersebut, anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah berikut:

  • Beli top box GIVI B32 Bold Gold Topcase Limited Edition di pengedar sah berdekatan
  • Imbas kod QR yang disediakan setelah pembelian dan isi maklumat dipaparkan
  • Tunggu pengumuman para pemenang secara langsung di laman sosial rasmi Facebook GIVI Malaysia

 

5

 

Tarikh tepat dan masa pengumuman pemenang akan diumumkan kelak, ikuti perkembangan semasa peraduan tersebut di Facebook GIVI Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Top box aluminium ini mempunyai kapasiti 45 liter yang boleh memuatkan sebuah helmet flip-up,…
Aksesori Motosikal
Boks E450N2 edisi Rahmah itu hadir dengan ruang simpanan berkapasiti 45 liter, di mana ia mampu…
Pelancaran
GIVI X.21 Challenger merupakan satu pilihan yang sangat praktikal yang menggabungkan rekaan full-…