Givi keluar 15 produk baharu tetapi ini ialah 6 yang kami suka

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama Givi mungkin berasal dari Itali dan ibu pejabatnya juga masih berada di Brescia, Itali.

Namun begitu, Givi Asia pula berada di Malaysia dan ia bukan hanya setakat pengedar, tetapi pengimport, pembuat (kilang di Bukit Beruntung, Vietnam dan juga di Indonesia) dan juga pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk produk-produk Givi khusus untuk cuaca di tropika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Givi Asia telah melangsungkan sambutan ulangtahun ke 25 mereka di Genting Highlands minggu lalu dan seraya dengan itu ia telah melancarkan 15 produk terbaharu untuk pasaran tempatan.

 

 

Menurut On Hai Swee (gambar di atas), Pengarah Urusan Givi Asia, kesemua produk ini direka oleh tenaga tempatan untuk pasaran ASEAN khususnya.

"Kami menggunakan tenaga tempatan untuk bukan sahaja merekabentuk produk-produk ini tetapi juga melakukan kajian yang lengkap tentang penggunaannya di kalangan pengguna ASEAN," ujar beliau.

Joseph A Peruca, Pengurus Operasi Luar Negara untuk Givi Group pula menambah bahawa walaupun Givi Asia menggunakan tenaga mahir tempatan, piawaian kualiti dan keselamatan masih tetap dari Eropah.

"Contoh paling mudah, jaket hujan yang dibuat dan dijual untuk Asean menggunakan bahan polimer yang diuji agar tidak menyebabkan sebarang alahan kepada kulit pengguna," terang beliau.

"Ini ialah perkara yang mudah terlepas pandang tetapi dengan adanya piawaian Eropah, produk Givi akan diuji untuk lulus kesemua standard tersebut."

Di bawah ialah antara 15 produk baharu untuk koleksi 2019.

 

 

  • Kotak kargo Monolock B32N-Advance Bold Topcase (RM340 tanpa tapak dan pemegang)
  • Kotak kargo Monolock B270N Topcase (RM185 tanpa tapak dan pemegang)
  • Kotak sisi Monokey E23N Sidecase (RM550 untuk warna hitam, RM603 untuk penutup warna perak)
  • Sistem kotak tengah tetap G12N (RM106)
  • Beg belakang (backpack) RBP03 Rider Tech Camo 15-liter (corak celoreng) (RM210)
  • Beg pinggang (waist bag) RWB05 Rider Tech Camo 3-liter (corak celoreng) (RM110)
  • Beg sisi motosikal (saddle bag) RSB01 Rider Tech 15-liter (RM368)
  • Helmet M30.1 Cielo dengan warna Mod Ice White, Mod Black dan Slide Titanium (RM196)
  • Baju hujan PRS04.AX Prime (RM485)
  • Baju hujan CAM01.AH Camo corak celoreng (RM268 - RM279)
  • Seluar hujan CRT01.AX Comfort (RM73-RM79)


Namun begitu, ada ENAM produk baharu itu yang menarik perhatian kami ketika di sana. Di bawah ialah lima item tersebut.

 

 

Kotak sisi (hard panniers) E23 Monokey 

  • Semakin ramai yang gemar mengembara dengan motosikal, baik yang kecil atau yang besar.
  • Khusus untuk motosikal kecil, pannier E23 Monokey ini nampak kemas dan lebih cantik dari model sebelum ini yang sering digunakan oleh motosikal pegawai Majlis Perbandaran.
  • Setiap satu memuatkan kargo seberat 5 kg maksimum dengan ruang 23 liter.

 

 

  • Ia juga dilengkapi dengan lampu isyarat membelok dan jalur pemantul cahaya (reflective strips), membolehkan pengguna jalanraya lain melihat anda dari jauh.
  • Lampu isyarat itu sangat berguna kerana dengan panniers dan kotak kargo atas, kemungkinan lampu isyarat asal motosikal itu akan tersorok.
  • Harganya ialah RM550 untuk warna hitam, RM603 untuk penutup warna perak.

 

 

Kotak kargo (top case) B32 Advance Bold

  • Top box B32 Bold adalah antara kotak kargo paling popular sekarang ini.
  • Givi Asia mengekalkan rupa dan warna Bold tetapi menambah empat ciri-ciri baharu untuknya.
  • Ia kini hadir dengan sepasang rod stainless-steel di atas, jaring kargo serbaguna, tempat sandar belakang dan "padding" atau span di sebelah dalam.
  • Harganya ialah RM340 tanpa tapak dan pemegang.

 

 

Kotak kargo (top case) B270N Monolock

  • Sekali imbas, bentuknya seakan sama seperti kotak-kotak Givi yang lain tetapi realitinya, Givi Asia telah membuat pelbagai kemasan baharu agar ia nampak premium.
  • Antaranya ialah logo Givi krom di atas kemasan perak dan corak ala karbon fiber di atas.
  • Paling penting, sistem Monolock ini membolehkan anda menutup kotak ini tanpa menggunakan kunci.
  • Sebagai pengguna kotak-kotak Givi tegar, penulis boleh katakan ini adalah satu fungsi yang teramat praktikal kerana kita boleh membuka kotak ini dan terus menyimpan kunci di dalam poket. 
  • Jika tidak, kebarangkalian untuk tertinggal kunci di kotak itu sangat tinggi.
  • Harga unit ialah RM185 tanpa tapak dan pemegang.

 

 

Sistem kotak tengah tetap G12N

  • Antara sebab kenapa motosikal underbone (kapcai) popular di Malaysia ialah kerana ia boleh dipasang dengan bakul.
  • Selain dari praktikal kerana boleh meletak barang, mungkin penunggang Malaysia juga gemar ada bakul di celah kelangkang mereka.
  • Namun begitu, sistem kotak tengah Givi pergi selangkah ke hadapan kerana bukan sahaja ia cantik, pengguna juga boleh menutup dan menguncikan tempat kotak itu.
  • Unit G12 ini menggantikan mpdel G10 terdahulu. Ia mempunyai ruang simpanan 2 liter lebih besar (12 liter) dan rekabentuk yang lebih kompak agar mudah untuk dikepit.
  • Harganya ialah RM106.

 

 

Helmet M30.1 Cielo

  • Helmet ini sebenarnya kekal sama tetapi diberi nafas baharu dengan rekabentuk corak luar yang lebih premium.
  • Model M30.1 Cielo ini adalah antara helmet mampu milik dari Givi tetapi masih lengkap dengan teknologi keselamatan tinggi yang lulus piawaian Malaysia (Sirim dan JPJ) dan Eropah.
  • Datang dalam saiz S hingga XL, ia dalam lingkungan 1,200 gram dan dibina menggunakan bahan polimer untuk bahagian luar.
  • Span dan kain alas di dalam boleh dibuka untuk dicuci dan ia menggunakan bahan fabrik anti alahan.
  • Tali pengikat pula ialah dari jenis Micrometric yang mudah digunakan, sesuai untuk penunggang lazim yang berada di atas jalanraya setiap hari.
  • Visor juga adalah dari jenis anti calar dan harganya pula di bawah RM200.

 

 

Global Dream Ride Siri Ke-2

Siri kedua buku Global Dream Ride dari Anita Yusof turut dilancarkan di majlis ini.

Ditaja oleh Givi, Anita Yusof, seorang pensyarah kelahiran Batu Pahat, Johor telah menjadi wanita Muslim pertama mengelilingi dunia dengan motosikal.

Anita turut ditaja oleh Hong Leong Yamaha dan kini beliau menjadi antara duta Givi yang paling dikenali di seluruh dunia.

Cerewet tentang pemakanan walaupun beliau berkelana bersendirian (beliau mahu memasak sendiri agar pasti ia halal), buku kali ini ialah kesinambungan dari edisi yang pertama.

Ikuti kisah perjalanan beliau di California, Mexico, Nicaragua dan sebagainya serta peristiwa beliau bertemu cintanya di Amerika Latin.

Dijual dengan harga RM35, anda boleh memesan terus buku ini dari Facebook Anita Yusof.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Domestik
Sebanyak 4,046 helai baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan jenama Givi disita dan nilai…
Pelancaran
Ia cukup untuk memuatkan dua helmet modular (flip-up) dengan alas lantai untuk memastikan barangan…