GIVI uji tahap kualiti produk tawaran menerusi Givi Explorer Tour

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengeluar aksesori motosikal terkemuka, GIVI mengambil inisiatif menguji produk tawaran mereka bagi membuktikan ia tahan lama dan berkualiti tinggi menerusi Givi Explorer Tour.

Untuk makluman, kembara tersebut dianggap sebagai medan di mana produk-produk baharu GIVI diuji dalam kondisi ekstrem dan cuaca yang pelbagai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Baru-baru ini, kembara itu telah merentasi tiga negara (Indocina) termasuk Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Dalam kembara tersebut, seramai 25 peserta dari seluruh dunia seperti China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Columbia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam terlibat dalam menjayakan acara berkenaan termasuk Malaysia sendiri.

Motorsikal yang digunakan terdiri daripada pelbagai model dan jenama untuk mempamerkan tahap kecekapan, fleksibiliti dan kesesuaian produk GIVI.

Sebahagian motosikal terlibat seperti Honda Africa Twin, Kawasaki Versys, Suzuki V-Strom, BMW GS, 
Yamaha Tenere, Honda X-ADV dan Triumph Tiger.

Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca (gambar) berkata, GIVI Explorer merupakan medan terbaik bagi mengguna dan menguji produk-produk terbaharu.

"Dengan ujian yang ekstrem sepanjang 10 hari perjalanan, banyak data dan informasi dapat kami kumpulkan untuk dipanjangkan kepada jabatan penyelidikan (R&D).

"Sekaligus, kami dapat melakukan penambahbaikan sebelum produk akhir dikeluarkan untuk jualan kepada pengguna,” ujarnya.

Joseph yang bertindak selaku Ketua Delegasi memberitahu, pihaknya turut tidak ketinggalan mengambil peluang kembara tersebut bagi melakukan kerja amal dinamakan sebagai 'Riding for Reading'

Dalam program amal berkenaan, pihaknya telah menghulurkan sumbangan bantuan berbentuk alat tulis, makanan, susu dan wang tunai untuk kegunaan kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari Ho Chin Minh City di Vietnam.

Terdahulu, turut serta dalam kembara tersebut ialah Timbalan Presiden GIVI, Hendrika Visenzi.

Maklumat lanjut mengenai kembara berkenaan boleh diperoleh dengan melayari www.giviexplorer.com.

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Domestik
Sebanyak 4,046 helai baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan jenama Givi disita dan nilai…
Pelancaran
Ia cukup untuk memuatkan dua helmet modular (flip-up) dengan alas lantai untuk memastikan barangan…