GM dan SAIC hasilkan RS-5 yang bukan seperti Audi

oleh HEZERI SAMSURI|
Nama RS-5 memang akan dikaitkan dengan model ikonik milik Audi, tetapi di China, sikap "Apa aku kisah" memang terkenal dan kerana itu General Motors (GM) dan Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC) bakal melancarkan sebuah model dengan nama yang sama, cuma tiada sengkang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baojun RS5 ialah hasil usahama antara SAIC, Wuling dan GM dan ia memang berlainan dari RS-5 milik Audi. Baojun ini ialah sebuah SUV yang digarap dengan garisan-garisan agresif serta lampu-lampu yang garang.

Baojun RS5 akan dilancarkan kelak dan segala informasi teknikal mengenainya akan diumumkan lebih hampir kepada tarikh pelancaran.

Buat masa sekarang, hanya gambar yang mampu diberikan.  Careta pasti dengan nama itu, ia tidak akan dijual ke luar dari China kerana peguam-peguam Audi cuma menunggu masa untuk menyaman mereka.