GM jual kilang Thailand pada Great Wall Motors - Great Wall jadikan Thailand sebagai hab Asean

oleh HEZERI SAMSURI|
General Motors, pemilik jenama Chevrolet akan menjual kilang pemasangan kenderaan mereka di Thailand kepada Great Wall Motor Co Ltd, pemilik jenama Haval.

Menurut General Motors (GM), ia mahu menyusun semula operasi global mereka dan memberikan tumpuan hanya kepada pasaran-pasaran penting seperti US, China, Amerika Latin dan Korea Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tindakan itu dilakukan untuk memastikan julat keuntungan GM mencapai lingkungan US$2 billion berbanding dengan tahun 2018.

Dengan ini GM secara rasmi akan keluar daro pasaran Asia Tenggara.

Jualan kilang di Thailand itu akan membabitkan nilai sejumlah US$1.1 billion dan 1,500 orang pekerja di Thailand dan 828 orang di Australian dan New Zealand.

Great Wall juga telah bersetuju untuk membeli kilang kenderaan GM di India.

Pembelian kilang di Thailand juga menandakan Great Wall akan menggunakan Thailand sebagai hab penjualan kenderaan mereka di Asean.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Berita Global
Ia adalah berikutan pelbagai jenis masalah yang dilaporkan melibatkan ‘sebilangan kecil’ model…
Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…