GM, Komatsu bangunkan trak perlombongan berkuasa hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Toyota, terdapat juga pihak lain yang kini sedang melihat kelebihan yang ada pada trenkuasa bahan api hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak perlombongan berkuasa hidrogen.

Model baharu yang dimaksudkan itu akan dibangun berdasarkan model Komastu 930E Series yang kini ditawarkan dengan enjin diesel-elektrik berkuasa sehingga 3,500 hp.

Difahamkan, GM dan Komatsu akan bekerjasama membangunkan modul kuasa sel bahan api hidrogen untuk kegunaan trak perlombongan.
 

gm


Unit prototaip pertama yang dijana oleh kiub kuasa Hydrotec dengan kuasa melebihi 2 megawatt (2,682 hp) itu dijangka akan mula diuji dalam tempoh beberapa tahun lagi di pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Arizona.

Pemilihan sistem sel bahan api hidrogen dilihat sebagai satu penyelesaian yang tepat disebabkan sistem yang ringan, mudah untuk melakukan pengisian bahan api, serta muatan yang tidak langsung menjejaskan keupayaan asal jentera tersebut.

Selain daripada itu, jentera sebesar trak Komatsu 930E itu kebiasaannya akan menghabiskan jangka hayat di satu tapak perlombongan sahaja.

Jadi, tiada sebarang keperluan bagi syarikat perlombongan untuk membina infrastruktur pengisian hidrogen yang khusus.
 

komatsu


Komatsu menyasarkan pengurangan emisi sebanyak 50 peratus menjelang 2030, dan mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.