GM labur RM8.9 billion bangunkan trak pikap elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada nama-nama seperti Tesla, Rivian, dan Ford, GM juga nampaknya sangat berminat untuk mengacau pasaran trak pikap elektrik yang semakin berkembang pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pelaburan $2.2 billion (RM8.9 billion), GM akan memulakan operasi pemasangan trak pikap elektrik sepenuhnya pada lewat tahun 2021 di fasiliti pemasangan Detroit-Hamtramck. 

Fasiliti yang sepatutnya ditutup tahun lalu ini bakal ditukar menjadi hab pengeluaran yang memfokuskan kepada EV, khususnya trak pikap dan juga SUV, menurut GM.

Walaupun tanpa sebarang spesifikasi awalan bagi trak pikap baharu ini, Presiden GM Mark Reuss meyakinkan bahawa trak pikap baharu ini akan memenuhi keperluan dan kehendak para pemilik trak pikap masa kini. 

 


GM juga dalam masa yang sama turut mendedahkan secara rasmi imej lakaran kasar trak pikap yang bakal diproduksikan tidak lama lagi. 

Jumlah pelaburan sebanyak $2.2 billion ini turut merangkumi proses menaik taraf fasiliti pusat badan dan cat, memasang mesin baharu, conveyor, alat kawalan dan peralatan yang berkaitan. 

Proses naik taraf ini akan berakhir pada Februari 2020 dan bakal menempatkan tambahan pekerja sehingga 2,200 orang daripada 900 orang sedia ada. 

Adakah model trak pikap baharu ini akan memakai nama Hummer seperti apa yang kami laporkan sebelum ini? 

Baca: Jenama Hummer bangkit jadi jenama trak pikap elektrik

Berita Berkenaan

Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
Cruise itu yang bergerak sendiri tanpa pemandu, tidak berhenti dan terus melanggar wanita tersebut…
Berita Global
  Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh…